PA/PRA dikategorikan sebagai lari daripada majikan bila mana PA/PRA :
- Meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
- Tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah pulang ke negara asal.
Nak bawa masuk Pekerja Asing (PA) & Pekerja Rumah Asing (PRA) ke Malaysia bukan suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja majikan perlu keluarkan belanja yang sangat besar untuk menggaji mereka-mereka ni. Prosedurnya pun boleh tahan banyak & memakan masa yang agak lama juga.
SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Bila PA/PRA lari sudah semestinya majikan akan rasa sedikit kecewa dengan perbuatan PA/PRA tersebut. Sudahlah harga nak buat permit mahal . Bila PA/PRA lari. Denda/bon jaminan pula nak kena dibayar pada Jabatan Imigrisen.
Apa majikan perlu buat?
Pertama sekali jangan panik. Buat keputusan bijak. Biarkan saja PA/PRA nak lari. Majikan tak perlu buang masa cari satu Malaysia. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib. Biarkan mereka buat kerja. Walaubagaimanapun, prosedur pembatalan permit PA/PRA tetap majikan/wakil majikan kena buat.
BACA JUGA
➣ Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
➣ Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia
Satu salinan laporan polis melibatkan PA/PRA akan dikenakan cas RM2. |
Dalam berhadapan situasi PA/PRA lari ni ada 3 LANGKAH WAJIB yang pihak majikan perlu buat - Satu pun jangan skip. Antaranya :
- Buat laporan polis di mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
- Buat pembatalan permit PA/PRA yang lari tadi ke Jabatan Imigrisen Negeri masing-masing
- Hantar Borang PA2/13 (Laporan Penamatan Pekerja Asing - Seksyen 60K(3) Akta Kerja 1955) ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Pembatalan permit PA/PRA di Jabatan Imigrisen Negeri
Bagi proses pembatalan permit PA/PRA, majikan/wakil dikehendaki hadir sendiri ke Jabatan Imigrisen Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip temujanji online - STO2.0
- Passport asal PA/PRA - Jika ada
- Borang bayaran - Disahkan majikan berserta cop syarikat
- Lampiran 5 (Laporan PA melarikan diri dari majikan/balik tanpa memo periksa keluar (COM)) - Disahkan majikan/pelapor
- Borang akujanji - Disahkan majikan
- Laporan Polis - Disahkan salinan
- Salinan passport & permit
- Surat permohonan - Permohonan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Surat lantikan wakil syarikat - Surat wakil syarikat bagi urusan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Salinan kad pengenalan wakil majikan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan penyata KWSP - Penyata 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pegawai KWSP
- Salinan pendaftaran syarikat SSM - MyDATA terkini
- Borang 9
- Borang 24
- Borang 49
Bayar denda/Bon jaminan
Selesai buat serahan dokumen di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/permit PA/PRA yang dilaporkan lari tadi akan dibatalkan serta merta. Malah, PA/PRA juga secara automatik akan disenarai hitamkan.
Pegawai Imigrisen akan letak cop pekerja lari di atas sticker permit sebagai tanda permit PA/PRA ni telah dibatalkan. |
Pihak Jabatan Imigrisen juga akan mengenakan bayaran denda/bon jaminan kepada pihak majikan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut warganegara. Bayaran denda/bon jaminan ni boleh dibuat di kaunter bayaran setelah majikan/wakil selesai membuat serahan dokumen.
Denda warganegara Vietnam paling mahal - SUMBER FOTO : Jabatan Imigrisen Malaysia |
Selesai urusan di Jabatan Imigrisen Negeri, majikan/wakil boleh proceed dengan submission Borang PA2/13 ke JTK. Untuk elakkan masalah kepada syarikat. Jangan skip semua step ni. Yang lari biarkan lari. Pembatalan permit PA/PRA yang melarikan di JIM & serahan dokumen ke JTK adalah menjadi tanggungjawab majikan.
Rumit juga prosesnya
BalasPadamBoleh tahan juga rumitnya wak. Tapi, kalau dah biasa, insyallah...alah bisa tegal biasa 😁.
Padampernah temankan kawan masa dia nak amik maid baru..memang leceh & mcm2...
BalasPadamsekali dah dpt..buat hal plak. geram betul