Senja Nan Merah Dari Jambatan Bagan Datuk

Jun 06, 2023

Selesai hantar Sarah Deris balik kolej semalam, kononnya nak pergi lepak pekan Bagan Datuk & tengok sunset dekat jambatan yang baru dibuka tu. 



Malangnya, kami semua dapat singgah tengok sunset saja. Sebab jalan nak masuk ke pekan Bagan Datuk jem teruk 😂. Almaklumlah, ramai yang balik bercuti agaknya.


Jambatan Bagan Datuk
Kena hati-hati berhenti dekat bahu jalan atas jambatan Bagan Datuk ni. Bahaya. Sebab ada banyak kenderaan lalu lalang 😅. 


Tambah pula sekarang ni tengah musim cuti sekolah. Memang ramailah yang keluar pergi jalan-jalan habiskan sisa-sisa cuti dengan anak-anak. 



Lepas tu jalan nak ke Bagan Datuk pula dah tak jauh dah macam dulu. Kalau dari Sitiawan, dah boleh terus menyeberang guna jambatan Bagan Datuk.


Jambatan Bagan Datuk
Suka tengok sunset. Sunrise pun sama 😍


Tak payah susah-susah dah nak lalu jambatan Teluk Intan & masuk kawasan Hutan Melintang lagi 😁. Sebab dah ada laluan alternatif & cepat untuk sampai terus ke pekan Bagan Datuk. 


BACA JUGA

➣ Taman Jepun Ipoh

➣ Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

➣ Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak



Jambatan Bagan Datuk
Cantik kan?Tapi, mak Syu suruh masuk kereta cepat. Tak elok lepek-lepek dekat luar waktu-waktu senja macam ni 😂. 


Jambatan Bagan Datuk
Yang duduk dekat tengah-tengah tu apa ya?Tongkang eak 😅? 


Cantikkan pemandangan matahari terbenam dari Jambatan Bagan Datuk ni. Tenang & sejuk mata memandang. Tapi, tak boleh tunggu lama-lama atas jambatan ni. Tambah-tambah waktu senja begini. Tak elok orang tua-tua kata 😂. Jadi, lepas ambil gambar, cepat-cepatlah beransur balik ya.


Comments

  1. cantiknya penmandangan.. MasyaALlah

    BalasPadam
  2. Oh, baru buka 1 Jun kan? Belum berkesempatan lalu lagi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 31hb Mei hari tu dah buka dah laluannya 😁. Lalulah...
      Tapi jangan hujung minggu or time cuti. Jem terok 😂.

      Padam
  3. Bagan Datoh tengah viral laa nii sejak siap jambatan baru ni kan, kg kak ana kat Teluk Intan Syu lama dah tak ke Bagan Datoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab viral tu yang ramai pengunjung tu 😅.
      Teluk Intan best! Suka singgah sana beli kacang rebus & kuih tepung pelita 😋.

      Padam
  4. subhanallah..what a view

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!