Hello July! ðŸĨ°

Julai 12, 2023

July

Hampir dua minggu, bulan Jun melabuhkan tirai. Baru hari ni Syu ada kesempatan nak sentuh blog Syu. Makin lama makin sendu. Jangankan pageviews blog, income Google Adsense Syu pun tak berapa cantik sejak beberapa bulan ni - Ada hasil. Tapi tak berapa nak masuk sangat ðŸ˜‚!


Google Adsense
Tak sampai 10USD pun 😂. 



Aktif tapi tak konsisten


Syu masih berblog lagi sebenarnya. Tapi, tak seaktif & sekonsisten dulu. Mungkin sebab Syu terlalu penat dengan rutin kerja Syu agaknya. Ditambah pula dengan penyakit "M" 😅. Ini pun curi-curi menulis masa tunggu hujan berhenti masa melawat kawasan kilang tadi.


Hujan lebat alkisahnya tadi. Itu yang dapat curi masa sikit berceloteh di blog ðŸĪ­. 



Fully utilised!


Hari Isnin sampai hari Sabtu. Memang fokus dengan kerja saja dari pagi sampai ke petang. Selingan masa kerja? Jangan cakaplah. Memang tak ada langsung ðŸĨī.


Waktu rehat yang ada pun, memang cukup-cukup untuk makan & solat sahaja. 7.5 jam memang fully utilised. Tak ada Masa langsung nak mengulat. Tak pernah tak ada kerja. Kerjanya sentiasa saja ada ðŸĪĢ.



Handphone? Memang tak dapat sentuh sangat masa time kerja. Bukan apa. Tak berani. Nanti kena aim. Tambah-tambah kita ni orang HR. Tak pasal-pasal dapat pula surat cinta nanti. Mata-mata pun banyak dekat tempat kerja Syu ni - Pentoksik pun banyak juga ðŸĪĢ.



Macam biskut Chipsmore 🍊


Bila balik rumah, kerja lain pula dah menunggu. Nak hadap laptop menulis blog? Memang tidaklah jawabnya. Bukan tak ada masa. Tapi, tak ada feel. Mana taknya, dah puas dah hadap laptop dekat office nun. Bila tengok keyboard & screen laptop, auto jem terus otak dibuatnya 😂.



Sebab itulah, entri blog Syu macam biskut Chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Tenggelam timbul gitu. Harap masih ada lagi pembaca yang sudi datang menjengah blog Syu yang dah suam-suam kuku ni 😂. By the way, selamat datang Julai! Please be nice ya. 

Comments

  1. Cuya pon sama kak, sesekali je blogging
    Mood turun naik mcm roller coaster 😂
    Ad masa free banyak tapi penyakit M pon ad jugak...ngeh3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn...
      Actually, banyak benda nak dicelotehkan.
      Tapi, masa tak mengizinkan 😅

      Padam
  2. Kira ada dari takde mcm kita ni.. adsense pun takde huhuuu..

    BalasPadam
  3. Sama lah CCL pun . Niat nk konsistem update blog 1hari 1 entri . Kadang² tewas jugak .

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!