Ogos 31, 2023
Selamat Hari Merdeka!
Di kesempatan ini, Syu nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua pejuang-pejuang negara kita yang telah bergadai nyawa memerdekakan bumi Malaysia ni. Tanpa kalian, entah apa agaknya bumi Malaysia hari ni. Mungkin kami anak cucu masih hidup bergelumang dengan darah. Berlapar & dahaga hidup dalam pelarian. Mungkin? 🥲
Pada bangsa ku yang Melayu. Islam khususnya. Buka minda. Buang penyakit hati & mata segala. Bila jatuh. Biar sama bangun. Jangan asyik nak main sihir & buat perkara syirik. Malu! Sebab ramai kalangan pembelot & pengkhianat bangsa Melayu datangnya dari bangsa kita sendiri. Bersainglah secara sihat. Itu yang terbaik! 👍
Tak kira bangsa & agama apa sekalipun. Teruskan hidup bersatu padu. Kekalkan sikap tolak ansur & toleransi. Jangan pernah cuba suntik elemen-elemen yang menyentuh sensitiviti agama & kaum. Jangan dipolitikkan juga semua perkara. Tak sihat. Tak elok & tak bagus juga untuk perkembangan negara. Be rational & professional. Selamat Hari Merdeka!
Ogos 28, 2023
Cara Mohon Sticker PLKS/Permit Pekerja Asing Tahun Pertama
Untuk pengetahuan korang, permit pekerja asing (PA) & Pembantu rumah asing (PRA) kini dah di upgrade kepada electronic pass (e-Pass). Jadi, tiada lagi sticker permit PA/PRA dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri. Melainkan, sticker permit PA/PRA untuk tahun yang pertama sahaja.
Permohonan sticker permit PA/PRA ni mesti dibuat oleh majikan sebelum tarikh tamat Pas Khas (Special pass). Sekiranya terlepas tarikh, majikan dikehendaki mengemukakan permohonan Pas Khas yang baru dengan mengisi Borang Format Tinggal Lebih Masa berserta bayaran fi RM100 sebelum menghantar permohonan sticker permit di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri.
Senarai semak dokumen
Ini contoh cop pas khas yang telah dicop di dalam passport pekerja asing yang baru tiba di Malaysia. |
For those yang selalu berurusan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri, mungkin korang dah familiar dengan dokumen-dokumen basic yang perlu disediakan. Yang belum familiar & masih tercari-cari cara mohon sticker permit tahun pertama, korang boleh follow checklist ni :
- Salinan surat temujanji STO 2.0
- Surat permohonan - Ada letter head & cop syarikat
- Surat wakil syarikat/agensi pekerjaan berserta salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan terkini dokumen pendaftaran syarikat (SSM) - MyDATA
- Salinann surat kelulusan kuota berserta resit bayaran
- Salinan surat kelulusan VDR berserta resit bayaran
- Passport asal PA/PRA berserta salinan
- Salinan cop Special Pass (SP)
- Status ujian FOMEMA online - Majikan mestilah memastikan PA/PRA melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA & disahkan sihat sebelum permohonan stiker PLKS/permit dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigrisen Negeri.
- PERKESO - Salinan kelulusan permohonan
- Salinan penyata KWSP yang telah disahkan (3 bulan) - Sekiranya majikan menghantar wakil syarikat
Tempoh kelulusan permohonan
Berdasarkan pengalaman Syu, tempoh kelulusan permohonan sticker PLKS/permit ni memakan masa 3 ke 5 hari berkerja - Bergantung kepada jumlah permohonan sticker yang korang mohon. Kalau PA/PRA-nya ramai, mungkin akan makan masa sikit. Nak tahu lebih lanjut pasal status permohonan stiker permit pertama PA/PRA korang, better telefon terus ke Jabatan Imigrisen Negeri yang korang submit permohonan tu.
Kalau pegawai kata dah siap. Bolehlah pergi collect passport PA/PRA korang di kaunter - Tak payah book STO. Sebelum tu, salinan dokumen permohonan jangan lupa bawa ya. Kalau tak nanti, bercinta korang nak kena tunggu. Padahal datang sana nak collect pasport saja!
[P/S : Sebelum submit dokumen permohonan. Make sure, korang buat satu salinan. At least, senang korang nak buat semakkan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri nanti. Sebarang pertanyaan, boleh ddrop di ruangan komen. Insyallah, kalau ada kesempatan Syu balas]
Ogos 20, 2023
Ketagih Makan Churros Mr.churros 🤤
Cicah dengan sos coklat pun sedap. Dengan sos karamel pun sedap juga. |
Korang pernah makan churros dari Mr.Churros? Sedap tau! Actually, dah banyak kali dah Syu repeat beli churros dari Mr.Churros ni. Semuanya gara-gara officemate Syu. Dialah yang bagi Syu rasa hari tu. Tak pasal-pasal sampai ke hari ni ketagih nak makan churros Mr.churros lagi. Memang kena sangatlah dengan slogannya - "The most addictive churros in town".
Ranggup di luar & lembut di dalam
Luar ranggup. Dalam lembut & ada kenyal-kenyal sikit. |
Serius korang. Churros dari Mr.Churros ni memang sedap sangat. Beli satu set memang tak cukup 😂! Churros-nya rangup di luar & lembut di dalam. Bau pun wangi. Harum semerbak. Dah sejuk pun still lembut lagi. Pernah Syu beli dekat seller yang lain. Tapi, rasa & teksturnya tak boleh lawan churros Mr.Churros ni 🤭.
Dari segi harga, pada Syu agak berbaloi jugalah sebenarnya. 1 set churros Mr. Churros ni RM7 & ianya termasuk sekali dengan dia punya dipping sauce. Ada 3 jenis dipping sauces yang korang boleh pilih. Caramel, dark chocolate & milk chocolate. Ketiga-tiganya memang sedap bila dicicah dengan churros. Nak makan churros, beli dekat Mr.Churros. Memang addictive tanpa sempadan!
Ogos 19, 2023
Akha Thai Coffee & Tea
Hari ni, Syu nak review sikit pasal minuman dari satu local brand ni. Akha Thai Coffee & Tea namanya. Airnya memang padu 👍🏻. Di Perak, belum ada lagi cawangan Akha Thai Coffee & Tea ni dibuka. Dengar cerita Pekin & Mona Ellen tuan empunya-nya.
Masa Syu singgah GM Klang hari tu, kiosknya tak berapa ada pengunjung. Alang-alang dah ternampak & dah cuba tester-nya. Kami laki bini grab dalam secawan dua. Lagipun, beli 1 percuma 1 airnya 🤭.
Coffee for two gittew ☕. |
Sejujurnya, air kopi & teh di Akha Thai Coffee & Tea ni memang sedap. Pekat, likat & melekat dia punya rasa. Cuma Syu hairan, kenapa tak ramai orang datang berbeli dekat sini ya 😅. Padahal, airnya dah sedap dah.
Nak kata mahal harganya, tak juga. Masa Syu beli hari tu, diaorang siap buat offer lagi. Sampai repeat order dua kalilah kami laki bini gara-gara sedap punya pasal 🤭.
Hor Ka Sai memang padu!
Yang sukakan rasa kopi yang strong, boleh cuba Hor Ka Sai. |
Untuk Akha Thai Coffee & Tea ni, Syu memang rekemen sangat korang cuba kopi Hor Ka Sai & signature series-nya. Memang padu. Pada yang tak suka kopi boleh pilih signature tea-nya. Boleh tahan terangkat juga 😋. Percaya cakap Syu. Satu cawan memang tak cukup!