Cara Mohon Sticker PLKS/Permit Pekerja Asing Tahun Pertama

Ogos 28, 2023

Permit pekerja asing

Untuk pengetahuan korang, permit pekerja asing (PA) & Pembantu rumah asing (PRA) kini dah di upgrade kepada electronic pass (e-Pass). Jadi, tiada lagi sticker permit PA/PRA dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri. Melainkan, sticker permit PA/PRA untuk tahun yang pertama sahaja.



Permohonan sticker permit PA/PRA ni mesti dibuat oleh majikan sebelum tarikh tamat Pas Khas (Special pass). Sekiranya terlepas tarikh, majikan dikehendaki mengemukakan permohonan Pas Khas yang baru dengan mengisi Borang Format Tinggal Lebih Masa berserta bayaran fi RM100 sebelum menghantar permohonan sticker permit di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri.



Senarai semak dokumen


Permit pekerja asing
Ini contoh cop pas khas yang telah dicop di dalam passport pekerja asing yang baru tiba di Malaysia.


For those yang selalu berurusan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri, mungkin korang dah familiar dengan dokumen-dokumen basic yang perlu disediakan. Yang belum familiar & masih tercari-cari cara mohon sticker permit tahun pertama, korang boleh follow checklist ni :


  1. Salinan surat temujanji STO 2.0
  2. Surat permohonan - Ada letter head & cop syarikat
  3. Surat wakil syarikat/agensi pekerjaan berserta salinan kad pengenalan
  4. Salinan kad pengenalan majikan
  5. Salinan terkini dokumen pendaftaran syarikat (SSM) - MyDATA
  6. Salinann surat kelulusan kuota berserta resit bayaran
  7. Salinan surat kelulusan VDR berserta resit bayaran
  8. Passport asal PA/PRA berserta salinan
  9. Salinan cop Special Pass (SP)
  10. Status ujian FOMEMA online - Majikan mestilah memastikan PA/PRA melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA & disahkan sihat sebelum permohonan stiker PLKS/permit dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigrisen Negeri.
  11. PERKESO - Salinan kelulusan permohonan
  12. Salinan penyata KWSP yang telah disahkan (3 bulan) - Sekiranya majikan menghantar wakil syarikat



Tempoh kelulusan permohonan


Berdasarkan pengalaman Syu, tempoh kelulusan permohonan sticker PLKS/permit ni memakan masa 3 ke 5 hari berkerja - Bergantung kepada jumlah permohonan sticker yang korang mohon. Kalau PA/PRA-nya ramai, mungkin akan makan masa sikit. Nak tahu lebih lanjut pasal status permohonan stiker permit pertama PA/PRA korang, better telefon terus ke Jabatan Imigrisen Negeri yang korang submit permohonan tu.



Kalau pegawai kata dah siap. Bolehlah pergi collect passport PA/PRA korang di kaunter - Tak payah book STO. Sebelum tu, salinan dokumen permohonan jangan lupa bawa ya. Kalau tak nanti, bercinta korang nak kena tunggu. Padahal datang sana nak collect pasport saja!



[P/S : Sebelum submit dokumen permohonan. Make sure, korang buat satu salinan. At least, senang korang nak buat semakkan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri nanti. Sebarang pertanyaan, boleh ddrop di ruangan komen. Insyallah, kalau ada kesempatan Syu balas]




Comments

  1. Bagus sekarang ni dah ada penambahbaikan proses permit pekerja asing.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!