Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang 🤔?

September 21, 2023

Sebut pasal followers. Ramai ke followers blog korang sekarang? Mesti lagi ramai kan dari Syu kan 🥹. Tapi, korang tahu tak, berapa ramai followers yang Blogger bagi untuk someone follow blog korang 🤔? Mesti tak tahu kan. Meh Syu nak cerita.



Tak boleh follow kalau lebih dari 50K


Follow button


Kalau korang nak tahu. Maksimum followers yang dibenarkan untuk follow satu-satu blog terhad kepada 50K sahaja. Tak kisahlah korang follow dengan klik butang follow pada widget Blogger atau korang follow secara manual sekalipun.



Bila dah sampai limit, blog tu tetap takkan dapat di-follow sampai bila-bila. Sedih kan 🥲? - Melainkan ada penurunan jumlah followers pada blog tu, then korang follow. Korang kena faham. Berblog ni tak sama macam platform social media yang lain. 


Bila dah sampai limit. Akan keluar macam ni lepas korang klik butang follow pada blog yang korang nak follow tu.


Sebab ia lebih memfokuskan kepada page viewsclick through rate (CTR), click to action (CTA), search perfomance & etc. As long as bukan melibatkan jumlah followers yang ramai. Waima rating pun tak ada dalam kamus blog 😅. 



Perlu ke follow blog orang 🤔?


Followers ramai. Itu satu bonus! Actually, tak ada paksaan pun untuk korang follow satu-satu blog tu. Unless korang nak kembangkan circle blog korang & ambil tahu pekembangan blog rakan-rakan Blogger korang yang lain.


Walaupun, korang tak kenal rapat pun dengan tuan empunya blog tu. Tapi, atas dasar korang rasa suka & tertarik dengan content satu-satu blog tu. Jadi, korang pun buat decision untuk follow 👆🏻.


Blogger
Dari hari tu Syu cuba follow blogger ni. Sampai ke hari ni tak dapat-dapat 😅

Hidup sebagai Blogger ni lebih kurang macam korang hidup berjiran juga. Tak nak blog sendu. Kenalah usaha tambah kawan. Nak tak nak kena beramah mesra juga dengan orang. Kalau tak, macam mana orang nak kenal blog korang. Dalam dunia Blogger, kena ada win win situation juga 🏆. 


SUMBER FOTO : Leanplum


Selalunya, orang yang dalam circle blog korang tu jugalah yang akan membantu korang naikkan pageviews blog. Malah, diaorang jugalah yang secara tak langsung menolong korang jana pendapatan bila mana korang ada letak iklan dalam blog 🤑.



Walaupun, follow blog tu bukan satu paksaan. Atas dasar support sesama bloggers. Kita follow-kan saja. Tak rugi apa pun sebenarnya. Lebih kurang begitulah alkisahnya. Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 🫡. 

Comments

  1. saya pun dah lama tak aktif blogwaling ni. ^_^!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akk pun sama juga. Sekali sekala jer BW.
      Tak mengapa. Pelan2 kita bagi aktif balik. Chayok!!

      Padam
  2. betull blog ni mcm berjiran.. walaupun kawan2 di alam maya bila dpt jumpa tu seronok & boleh sembang mcm dah kenal lama walaupun just di alam maya...

    BalasPadam
  3. thats right. tapi bukan blog je..media sosial lain pun sama je. support each other

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!