Kuih Bulan Foh San Sedap & Halal!

September 29, 2023

Tahun 2023 ni. Pesta kuih bulan jatuh pada 29 September - Hari inilah kiranya. Jadi, sebelum tibanya hari perayaan tu. Akan ada ramai klien-klien bos berbangsa Cina datang hantar kuih bulan dekat kilang 😁.



Kalau klien-klien bos bagi yang halal. Merasalah kami-kami yang Melayu ni tumpang sekaki makan kuih bulan. Nak beli seketul pun mahal juga  kuih bulannya. Tambah-tambah kalau dapat yang berkualiti premium & siap ada packaging macam ni 🤭. 


Yang Syu dapat ni kuih bulan yang ada lotus paste & sebiji telur kuning 😋.


Cantik pula bekas kuih bulan dari Foh San ni 🥰. 


Kalau korang nak tahu. Selain kuih bulan Baker's Cottage. Kuih bulan keluaran Foh San ni pun halal juga untuk dimakan tau. Ada bermacam-macam jenis kuih bulan korang boleh pilih di Foh San ni. Boleh tengok dekat website diaorang di Foh San Mooncake



Lembut & tak terlalu manis


Dari segi harga, kuih bulan Foh San ni agak pricey sikitlah compare to Baker's Cottage. Almaklumlah, kuih bulan berkualiti premiumlah katakan. Sejujurnya, kuih bulan Foh San ni memang sedap! Inti padat. Rasanya pun tak terlalu manis & lembut bila dimakan. Jadi, memang layaklah harganya macam tu. 


Kuih bulannya ada pengesahan cop halal


Teksturnya juga tak terlalu kering. Bila dipotong, elok cantik tak berderai.  Dan yang paling penting, kuih bulannya ada pengesahan cop HALAL 👍🏻. Jadi, pada golongan muslim yang teringin nak makan kuih bulan halal & berkualiti premium. Boleh cuba beli di Foh San.


Elok tak berderai bila dipotong. 


Inti dalamnya ada letak kuning telur & melon seeds.


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!