Lama Betul Tak Makan Pucuk Sanglang

September 16, 2023

Payah betul nak jumpa orang jual pucuk sanglang sekarang ni. Tambah-tambah di area Ipoh. Selalu kalau nampak orang jual sayur kampung, macam biasa akan ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung segala. Tapi, jaranglah nampak orang berjual pucuk sanglang. 



Even, pergi ke Sanglang, Kedah pun tak jumpa orang berjual pucuk ni tau 🤭. Alang-alang dah ternampak masa pergi pasar minggu Batu Gajah ni. Syu grab barang dua ikat. Bukan mahal mana pun. Seikat seringgit saja peniaga tu jual. Dapatlah buat dua kali masak sebab sayur ni jenis susah nak rosak & layu.


Pucuk sanglang
Secekak macam ni seringgit. Kira murahlah kan? Nak cari cari sendiri memang tidaklah. Bukan apa, takut salah petik daun lain pula nanti 😂. 


Bila masak sayur pucuk sanglang ni, auto teringat dekat arwah tok Syu. Arwah masak pucuk sanglang memang simple. Antara dua. Tak dibuat masak lemak putih. Dibuatnya masak tumis air buat makan dengan nasi - Arwah tok suka tambah keledek/labu 😋. 



Lepas tu, dikawankan pula dengan lauk ikan goreng/ikan masin & sambal belacan sikit. Perghhhh..memang terangkat! Sampai bertambah nasilah dibuatnya. By the way, korang pernah makan tak pucuk sanglang ni? 😁

Comments

  1. Seumur hidup Cuya, ni la kali pertama Cuya dengar pucuk sanglang..
    tak pernah nampak pon.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang orang buat jual pun. Tu pasal susah nak nampak.
      Syu pun cari merata sayur ni. Baru ini nampak orang jual.
      Sedap tau sayurnya Cuya.

      Padam
  2. Macam tak pernah makan sayur pucuk sanglang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang orang buat jual pun wak sayur ni. He2.

      Padam
  3. Tak pernah pulak saya makan pucuk ni.. Baru tahu kewujudannya.. Hihi

    BalasPadam
  4. Sedap sayurnya. Tak pahit 😋.
    Paling best buat masak lemak putih.

    BalasPadam
  5. pucuk sanglang..wah..1st time juga dgr ni... mcm2 jenis sayur/ ulam/ pucuk2 ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah pucuk sanglang MA. Sedap buat masak lemak putih & tumis air 😋

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!