Resepi Laksa Mee Pangkor Paling Ringkas & Sedap 😋

September 03, 2023

Syu guna ikan jer. Cadang nak guna ketam. Tapi, susah pula nak cari ketam fresh kat Ipoh ni 😅. 


Laksa Mee Pangkor ni antara laksa favourite Syu. Resepinya memang mudah sangat nak buat. Siapa yang duduk sekitar daerah Manjung, mesti dah familiar sangat dengan Laksa Mee ni. Especially, for those yang duduk area Lumut, Pulau Pangkor & Pantai Remis.


Laksa Mee Pangkor ni tak sama macam laksa-laksa yang lain. Laksa biasa, guna mee yang diperbuat daripada tepung beras. Kalau di Johor, mee-nya menggunakan spaghetti. Di Sarawak pula menggunakan bihun.


Dah lama beli laksa mee-nya. Hari ni baru ada kerajinan nak buat 🤭. 


Untuk Laksa Mee Pangkor ni, mee-nya menggunakan mee khas (Mee Teow) untuk buat Laksa Mee Pangkor. Mee-nya tu kemudian dicelur & dimakan bersama kuah sup seafood, sedikit sayur & juga sambal tumis.


Resepi penuh, boleh rujuk kat bawah. Sukatan tak ada. Pandai-pandailah korang agak. 



BAHAN-BAHAN UNTUK SUP


Bawang merah

Bawang putih

Lada hitam

Asam keping

Seafood (Ikan/ketam/udang) 

Daun sup/ketumbar

Daun bawang

MAGGIE Cukup Rasa


*Pernah masak sup kan? Buat macam tu 🤭. 



BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL


Cili giling

Belacan

Bawang putih

Bawang merah

Gula

MAGGIE Cukup Rasa


*Masak macam kita masak sambal tumis nasi lemak 😁



BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR


Kacang panjang/buncis

Carrot

Bawang putih

Bawang merah

Minyak untuk menumis

Cili padi


*Tumis saja macam biasa 😋



Kuah supnya tu memang senang sangat nak prepare. Penggunaan seafood, terpulang pada citarasa & poket korang 🤭. Nak buat guna ikan pun boleh. Nak guna ketam & udang pun tak jadi masalah - Paling sedap guna ketam 😋.



[P/S: Resepi Laksa Mee Pangkor ni versi Syu Deris punya. Bahan-bahan & cara penyediaan mungkin sedikit berbeza dengan Laksa Mee Pangkor yang asli. Almaklumlah, masak ikut selera tekak sendiri 🤣]

Comments

  1. Bahan semua pakai agak2 je, mak2 mana tgk sukatan kan.. ikut suka tekak kita la.
    Kreatif gitu 😂

    BalasPadam
  2. Sampai sekarang saya tak pandai makan laksa.. Hihi

    BalasPadam
  3. Sampai sekarang saya tak pandai makan laksa.. Hihi

    BalasPadam
  4. ada pulak laksa mee pangkor yer.. mcm sedap.. MA suka laksa & akan cuba kalau jumpa ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!