Breakfast Simple Saja Pagi Ni

Oktober 07, 2023

Good morning korang! Korang dah breakfast ke tu? Breakfast jangan tak breakfast. Bak kata John Gunther-"Breakfast is the most important meal of the day". Tapi, itulah. Syu ni kalau pagi-pagi sangat, macam susah sikit nak breakfast berat-berat sebenarnya 😂. Even minum air masak pun dah rasa nak muntah. 


Masa waktu bulan puasa pun sama. Sekali sekala saja Syu bangun bersahur. Itu pun bangun minum air saja. Actually, bukan Syu tak nak kejar pahala sunat bersahur tu. Cuma tekak Syu jenis tak boleh nak masuk apa-apa makanan awal-awal pagi sangat. Tak tahu pasal apa.



Biasanya, nak dekat pukul 10 pagi baru Syu ambil breakfast. Tapi, lately ni Syu cuba awalkan masa breakfast Syu. Walaupun secara terpaksa. Lagipun, Syu tak naklah curi-curi masa ambil breakfast masa dekat office. Nanti orang cakap apa pula.


Sekali-sekala mungkin boleh. Buat banyak-banyak kali nanti tak pasal-pasal kena aim pula nanti 😏. Jadi, sebelum gerak pergi kerja. Syu makan siap-siap dekat rumah. Awal pun awal lah. Janji perut ada isi something.


Breakfast simple
Breakfast is eggs-actly what I knead to start the day right! Coffee is a must!


Jadi, menu simple yang macam ni saja boleh masuk perut Syu. Garlic toast & scrambled egg. Kira okaylah kan. Janji ada ambil breakfast sikit buat lapik perut. Yang paling penting, secawan kopi kosong wajib ada! Baru terang sikit biji mata nak hadap liku-liku kehidupan. By the way, jemput makan! Bismillah...

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!