Resepi Pajeri Terung Sedap & Simple

Oktober 08, 2023

Lauk pajeri ni menu orang lama sebenarnya. Ada dua jenis pajeri yang selalu orang buat. Pajeri terung & pajeri nenas. Syu punya favourite semestinya pajeri terung. Pajeri rebung pun ada juga orang buat sebenarnya. Tapi, jarang. Lagipun, rebung payah juga nak dapat sekarang ni. Tambah-tambah rebung fresh.



Kalau Syu, pajeri terung ni paling sedap kalau dapat makan dengan ikan goreng & ikan masin. Pajeri terung ni kan ada rasa manis-manis. Jadi, bila di kawan dengan ikan goreng dengan ikan masin, gabungan rasa dia jadi luar biasa sikit. Sampai boleh bertambah nasilah dibuatnya 😋.



Tak ada letak buah pelaga


Resepi pajeri terung Syu ni versi campak-campak sebenarnya. Even sukatan bahan-bahannya pun Syu pakai agak-agak saja - Asalkan rasanya berkenan ditekak 😁. Dan yang paling penting. Resepi pajeri terung Syu ni memang tak ada letak buah pelaga langsung


Pajeri terung
Pajeri terung yang sedap kena cukup rasa manis, masin & masamnya. Baru best 😋!


So, untuk rempah tiga sekawan. Syu cuma guna kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang saja. Pada yang anti buah pelaga tu. Boleh cuba resepi ni. Bahan-bahan selebihnya, korang boleh tengok dekat bawah. Selamat mencuba! Jemput makan & jumpa di next entri 🥰


BAHAN-BAHAN


 Terung - Belah dua atau potong kecil

Bawang merah - Dikisar halus

Bawang putih- Dikisar halus

Halia - Dikisar halus

Udang geragau - Dikisar halus

Daun kari

Kayu manis

Bunga cengkih

Bunga lawang

Kerisik

Santan

Air asam jawa/asam keping

Gula melaka/nisan kerek

Perencah MAGGIE CUKUP RASA

Serbuk kari daging - Syu pakai serbuk kari daging pedas jenama Baba's

Cili giling - Optional (Tak nak pedas tak payah letak)

Minyak untuk menggoreng & menumis

Sedikit air



CARA-CARA


  1. Panaskan minyak & goreng terung separuh masak - Goreng sekejap saja. Sekadar nak bagi terungnya kecut.
  2. Buang lebihan minyak. Kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & daun kari. Diikuti dengan bahan-bahan kisar & cili giling. 
  3. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh sedikit dengan air.
  4. Masak sehingga pecah minyak. Lepas tu boleh masukkan terung, santan, kerisik, air asam jawa, gula melaka & perencah MAGGIE CUKUP RASA.
  5. Masak sehingga terungnya masak. Kemudian bolehlah dihidangkan & makan dengan nasi panas.

Comments

  1. dah lama sungguh akak tak masak pajeri terung, tgk ni terliur lak

    BalasPadam
  2. fav mama tapi dh lama tak makan huhu

    BalasPadam
  3. datang singgah + follow sini dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!