Alkisah Line CelcomDigi Macam Sampah 😮‍💨

November 22, 2023

Work stress
SUMBER FOTO : Rawpixel.com

 

Line Digi ni dari dulu "I will follow you" dengan masalah. Nak-nak bila telco ni dah bergabung dengan Celcom hujung tahun lepas. Serius Syu cakap. Bertambah-tambah sampah network coverage internet Syu dekat rumah Ipoh ni 😮‍💨. 


Bukan apa, dia punya kesampahan tu sesampah line jalan raya yang putus-putus & berlubang-lubang dekat Ipoh - Lebih kurang macam tu lah ibaratnya. Syu rasa, kawasan perumahan Syu ni tak ada lah duduknya dekat kawasan ceruk. Tapi, Digi punya network coverage tu memang nauzubillah. Hari-hari meminta untuk dicarutkan 😮‍💨.



Pelan murah, demand high speed? 


🗣️: Ambil pelan internet murah. Lepas tu demand high speed internet. Ya, betul! Tahu. Kita langgan internet murah - Syu langgan pelan Digi Prepaid Faja Kombo 😌. Bukan apa, saja malas nak ambil pelan mahal-mahal. Kita langgan mana kita mampu saja ikut keperluan & kegunaan. Tapi, itulah. Kot ya murah sekalipun pelan-nya. Takkan sampai macam ini dia punya network coverage? Kata unlimited. Tapi, setiap kali nak guna data. Memanjang tak ada internet. Memanjang juga poor connection.


Digula-gulakannya kita. Pelan unlimited belaka. Tanpa batas. Tanpa sempadan. Tapi, line hampeh 😂. 


Gila ke apa kan? Masa kita jadi pengguna tetap. Bagi servis macam ini. Lepas tu, bila kita nak tukar nombor pergi ke telco lain? Pandai pula tanya macam-macam. Kenapa nak tukar nombor sedia ada ni ke telco lain ya? Servis tak okay ke? Duduk lokasi mana ya? Bertubi-tubi soalannya. Kenapa? Bagaimana? Di mana? Heh, letih nak jawab 😌. 



Punca payah nak berblog


Tolong ya telco CelcomDigi. Tolong improve sikit korang punya servis. Penatlah asyik nak kena submit complaint yang sama. Duduk kawasan pekan kot. Takkan network coverage macam ni rupa. Dari depan pagar rumah sampai ke dapur. Memanjang nak poor connection. Apa ke jadahya semua ini? 😂


Bila kena network coverage yang macam ni, nak berblog pun tak ada mood tau. Sebab ada kes-kes macam ni lah. Page asyik loading tak habis-habis. Lepas tu, bila dah sedap menulis panjang dekat blog. Semua benda hilang. Fuh! Menyirap betul rasa hati 😤. Kejap-kejap no connection. Kejap-kejap poor connection. Getik betul lah!  - Okay, done meroyan 😌 By the way, korang yang pakai telco CelcomDigi ada masalah yang sama tak macam Syu? Tolong komen sikt. 

Comments

  1. Tak seronok nak berblog kalau macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak. Jadi tak seronok dibuatnya 😢. Hurmmm...

      Padam
  2. Kak SA pakai line Unifi Mobile..so far ok la..kadang- kadang je takde connection..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!