Izzat Steamboat & Grill : Steamboat & Grill Ala Korea Di Teluk Intan, Perak

November 19, 2023

Semalam, Syu dengan husband try makan buffet steamboat & grill di restoran Izzat Steamboat & Grill di Teluk Intan, Perak. Kalau dari Ipoh, dekat sejam lebih jugalah nak sampai ke sana. Nak dijadikan cerita. Punca utama keterujaan Syu & husband nak singgah makan dekat sini adalah disebabkan pengaruh Tik Tok 😂.



Bukan apa, kerap sangat videonya fyp. Lepas tu, dapat tahu pula dekat restoran ni ada set daging wagyu premium. Harga marhaen pula tu! - Itu yang menggelejat nak pergi sangat tu 🤣. Dah tak pasal-pasal terkenang-kenang & terliur nak cuba.


Steamboat & Grill
Lokasi restorannya betul-betul bersebelahan dengan Hotel Anson, Teluk Intan.


So nak tak nak. Balik kerja pukul 1 semalam, Syu & husband terus gerak ke Teluk Intan. Sampai sana, ngam-ngamlah waktu untuk kitaorang berdua minum petang. By the way, best ke tidak makan dekat sini? Meh Syu nak review.



Kalau korang nak tahu. Apa yang best & uniknya pasal restoran Izzat Steamboat & grill ni adalah disebabkan style & suasana restorannya yang ada vibes ala-ala macam makan steamboat & grill dekat kedai makan Korea gittew.


Izzat Steamboat & Grill
Corong sedut asap tu yang unik sebenarnya. Rasa macam makan dekat kedai makan Korea pun ada.


Korang tengoklah! Siap ada cerobong asap seketul ko dekat tengah-tengah meja makan tu! Setiap meja ada. Memang acah-acah Korea sangat tau. Padahal benda tu function untuk sedut asap jer sebenarnya. Ha3 🤣. 



Berapa harga satu kepala? 


Harga buffet steamboat & grill dekat sini RM39.90/pax untuk dewasa. Boleh dikatakan harga standard-lah pada Syu. Set buffetnya pun lengkap. Start dari appetizers sampailah ke deserts. Perapan daging untuk grill pun ada bermacam-macam jenis - BBQ, teriyaki, spicy Thai, Bombay, Signature & dll. So, boleh pilih ikut selera tekak korang.


Steamboat & grill buffet
Macam-macam jenis perapan ada. Pilih jer mana yang korang nak. Janji jangan membazir.


Cuma, pilihan side dishes & seafood tu tak semeriah macam Syu makan dekat Saloma Steamboat & Grill hari tu 😅. Syu perhati, kebanyakkan seafood dekat sini macam banyak seafood yang jenis frozen tu. So, korang faham-fahamlah rasanya macam mana ya. - Yang pasti kuah rojak buah dekat sini memang padu!



Sos wasabi is the best 👍🏻! 


Sos pencicahnya jangan cakaplah. Ada banyak jenis ya kawan-kawan! Memang rambang mata korang nak pilih yang mana satu. Tapi, walau macam mana sekalipun. Dalam banyak-banyak sos pencicah. Syu paling suka sos wasabi.



Memang sedap! Sosnya tak ada lah pedas mana pun. Tapi, rasa menyengit wasabi dekat hujung-hujung hidung tu yang buat Syu ketagih. Macam husband Syu, dia suka sos mustard. Yang lain tu dia kata biasa-biasa saja.


Rojak buah sedap & padu
Kuah rojaknya memang sedap. Cukup rasa masam, pedas & manisnya.



4 pilihan kuah steamboat istimewa


Untuk steamboat. Ada 4 jenis pilihan kuah yang korang boleh pilih. Kuah sup ayamkuah tomyamkuah asam pedas & kuah kari nyonya - Tadi Syu pilih kuah asam pedas. Untuk kuah asam pedas tu. Kuahnya sedap dah. Cukup rasa pedas masamnya.



Cuma, kalau ada rasa manis-manis sikit dekat hujung-hujung tu mesti lagi sedap - Sejenis tekak tak boleh tak ada gula 😂Pada yang tak suka makan pedas & ada bawa anak kecil, Syu sarankan korang pilih kuah sup ayam.  


Daging wagyu
Untuk set premium, korang boleh add-on wagyu skewers,baby octopus,smoked duck, hirisan daging wagyu A5 & salmon.


Kalau korang datang sini. Makanlah kenyang-kenyang & puas-puas ya. Manfaatkan 120 minit yang diberikan pada korang tu sebaik-baikya 🤭. Bab parking jangan risau. Ada banyak! So, untuk booking & details lebih lanjut. Korang boleh jengah sendiri ke website Izzat Steamboat & Grill

Comments

  1. Ada nampak gak org review aritu tempat ni. Wah cam best je kan , next time jejak Teluk Intan bole masukkan list JJCM ni

    BalasPadam
  2. nampak macam best...tapi tu la kalau pilihan bahan dia banyak yang segar mesti lagi dapat perhatian ramai

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!