Klaim RM100 e-Madani : MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay Atau Setel. Mana Lagi Bagus? 🤔

Disember 07, 2023

Kemarin officemates Syu pakat ramai-ramai klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet diaorang 😁. Rata-rata officemates Syu, klaim guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Senang nak guna katanya. Cuma Syu saja yang gatal klaim guna aplikasi MAE. Dengar cerita, MAE tergendala teruk masa dilancarkan kemarin - Syu punya alhamdulillah. Tak ada pula masalah masa klaim semalam 😅.

 

RM100 e-Madani
Ada 4 pilihan e-wallet service providers yang korang boleh pilih. Terpulang korang nak klaim dekat aplikasi e-dompet yang mana 😁.


 

Kalau korang nak tahu. Selain dari MAE &  Touch ‘n Go eWallet, korang juga boleh klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet korang melalui aplikasi ShopeePay & juga Setel. By the way, korang dah klaim ke belum kredit RM100 e-Madani ni ke dalam e-wallet korang 😁?



Pada yang layak, jangan ditangguh-tangguh. Nanti melepas. Rugi tau! Sebab tempoh klaim e-MADANI RM100 ni dibuka sehingga 20 Februari 2024 ni saja. Pada yang belum tahu pasal kredit e-Madani RM100 ni. Jom Syu share sikit infonya serba sedikit. 



Siapa yang layak menerima kredit RM100 e-MADANI?


RM100 e-Madani
SUMBER FOTO : Bernama


Syarat-syarat yang melayakkan seseorang tu untuk menerima kredit RM100 e-Madani ni mestilah mereka-mereka yang :


  1. Berwarganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
  4. ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.



Cara tebus RM100 eMADANI melalui MAE


Untuk tebus RM100 e-Madani menggunakan aplikasi MAE, korang boleh ikut langkah dibawah ni. Mudah saja caranya.


e-Madani


RM100 e-Madani
Dalam tempoh 24 jam, kredit RM100 akan dimasukkan ke dalam e-wallet MAE korang.


e-Madani
Masa nak guna. Korang kena tekan butang "Use e-Madani".


Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-wallet korang memakan masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan ya kawan-kawan. Kalau lambat, mohon bertabahlah ya. Sebab yang klaimnya ramai. Bukan seorang dua 😂.



Penggunaan RM100 eMADANI terhad untuk dibelanjakan


Tapi, korang kena ingat ya. Penggunaan kredit RM100 e-Madani terhad kepada pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank & e-wallet yang terlibat sahaja.



Lepas tu, RM100 e-Madani ni tak boleh digunakan untuk transaksi-transaksi berikut:


  • Peer-to-peer transfers - i.e: Transfer pada orang lain (Kawan-kawan, adik beradik mahupun saudara mara)
  • Pengeluaran/penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti - i.e: Bil eletrik, air, Indah Water dll.
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan - i.e: Cukai tanah, cukai taksiran, dll.
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi
  • Pembelian permainan atas talian
  • Pembayaran parking & tol
  • Aktiviti berkaitan dengan pelaburan, transaksi e-commerce atau apa jua transaksi dalam talian 
  • Transaksi QR merentas sempadan



Mana lagi bagus? MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay atau Setel?


Bergantung pada aplikasi e-wallet yang korang selalu guna sebenarnya. Macam Syu, Syu prefer guna MAE & Setel. MAE Syy guna untuk berbelanja & Setel pula Syu kerap guna untuk isi minyak di Petronas 🤭. ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet Syu jarang guna dah. Apps-nya pun Syu dah uninstalled. Sebab tu tak klaim RM100 e-Madani tu dekat sana. By the way, jangan lupa klaim tau! Make sure belanja habis sebelum 29 Februari 2024 🤪. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!