Kuih Akar Kelapa/Nyok Kudap-kudap Legend

Disember 26, 2023

Lama tak makan kuih akar kelapa ni. Korang pernah makan tak? Kuih ni kuih legend tau. Siapa yang lahir zaman 80-an & 90-an mesti familiar dengan kuih ni. Dulu, masa kecil-kecil. Mak Syu rajin buat kuih akar kelapa ni untuk buat kudap-kudap kitaorang adik beradik 🤤. 



Ada tiga warna yang biasa mak Syu buat. Putih, merah & hijau. Tapi, yang Syu beli ni warna purple. Lain daripada yang lain sikit warna & rupanya. Selalu bentuknya panjang-panjang macam maruku. Yang ini, dibuatnya bentuk cincin. Kreatif! Tapi, walau macam mana pun, rasanya tetap authentic & sama macam kuih akar kelapa dulu-dulu.


Kuih akar kelapa
Ranggup. Sebungkus tak cukup kome 🤤.


Kalau ikutkan, memang payah dah nak jumpa orang jual kuih ni sebenarnya. Kalau ada jual pun, kuihnya tak berapa sedap & keras sikit teksturnya. Yang Syu beli ni elok rangup. Manisnya pun sedang-sedang saja. Tapi, harga sebungkus boleh tahan mahal juga. Setengah kilo RM10. Mahal kan? 😂


Kalau di sebelah utara, kuih ni dipanggil kuih ni kuih "akaq nyok". Tapi, ada juga sesetengah orang panggil kuih ni kuih getas - Setahu Syu. Kuih getas tu kuih yang liat-liat pakai tepung pulut tu 😅. Kalau korang, korang panggil apa? Cuba share sikit di ruangan komen 🥰🍎.

Comments

  1. tak pernah jumpa kuih gitu, kalau kuih getas tu dia tak ranggup...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih getas yang Syu makan tu kenyal2. Sira gula macam ni juga. Tapi itulah...ada juga yang panggil kuih akar kelapa ni kuih getas juga. Entahlah 😅.

      Padam
  2. busyra tak pernah makan kuih ni.. menarikk

    BalasPadam
  3. kuih getas tu lainkan syu..yg bentuk mcm nugget tp liat2 sedap tu. Ehhhh kita nak carilah kuih getas. tp kuih akar nyoq ni mcm tak pernah makan..taktaulah kalau ada nama lain kek somban ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!