Januari 30, 2024
Alkisah Sarah Deris Start Latihan Praktikal
Hari ni, first day Sarah Deris lapor diri untuk latihan praktikal. Nak tak nak, terpaksalah Syu bangun & bersiap awal sikit sebab nak menyesohkan urusan lapor diri dia 😅. Awal-awal gerak senang. At least tak kelam kabut. Sambil-sambil tu boleh Syu terus tapau breakfast sekali 🤭.
Peace katanya. Padahal hati tengah dok libang libu nak praktikal dekat tempat orang 🤭. |
Rezeki praktikal tempat dekat
Dengar cerita, termasuk Sarah Deris. Baru dua orang budak intern saja yang berjaya diterima untuk buat praktikal di kilang ni. Alhamdulillah, rezeki dia. Paling best, tempat praktikalnya tak jauh dari tempat Syu kerja - Tak jauh juga dari rumah Syu sebenarnya 😁.
Tengok dia lapor diri dekat guard house sekejap, lepas tu kita pun beransur masuk kerja. Malas nak tunggu 🤪. |
So, waktu lunch break & balik, boleh sekali harung angkut dia sekali. Cuma time masuk kerja tu ada beza sikit. Tapi itulah. Hari Sabtu Sarah Deris cuti! I is jealous sebab kena kerja setengah hari 🥹. Apa-apapun, selamat berpraktikal Sarah Deris. Do your best okay! 💪🏻
Januari 26, 2024
Breakfast Best & Halal Di Suhaimi Cafe Ipoh
Pagi Rabu hari tu, perut terasa lapar sangat. Tak sempat nak sarapan di rumah sebab awal pagi dah nak kena gerak ke Jabatan Imigresen Ipoh. Selesai urusan di sana, Syu singgah sarapan sekejap di Suhaimi Cafe.
Orang kata, breakfast dekat sana sedap-sedap belaka. Especially, dia punya kacang pool- Dulu menu viral di negeri Johor. Seumur hidup, Syu tak penah makan kacang pool ni tau. Jadi, kita pun singgahlah sekejap sebab teringin nak mencuba 😁.
Tak penuh kedainya. Mungkin ramai yang dah beransur balik 😬 |
Masa Syu sampai, boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang. Tapi, tak ada lah teruk sangat sampai nak kena beratur panjang dekat luar 😅. Mungkin time Syu sampai tu, ramai yang dah beransur balik agaknya.
Self service!
Untuk pengetahuan korang, di Suhaimi Cafe ni korang kena isi borang pesanan layan diri untuk buat pesanan. Borangnya ada disediakan di atas meja. Dekat kertas tu, korang tulislah nombor meja & kuantiti makanan yang korang nak pesan.
Tak bayar, tak dapat makan 🤭. |
Bila dah selesai tulis, korang boleh proceed dengan membuat pembayaran di kaunter cashier. Kertas order tu nanti diorang refer untuk prepare order korang. Kalau korang tak bayar, sampai kesudahlah korang tak dapat makan 🤭.
Highly recommended kacang pool!
Untuk breakfast. Syu pesan kacang pool, kopi ais & spaghetti carbonara (Tapau bawa balik sebab dah kenyang 🤭) . Syu ingatkan kacang pool-nya tak mengenyangkan.
Sedap & portion-nya pun boleh tahan banyak 😋. |
Sekali sampai-sampai, gila gedabak besar roti Benggali yang diaorang guna 😅. Udah jenuh Syu nak habiskan 😂. Apa-apa pun, kacang pool & kopi aisnya memang padu! Tak sia-sia singgah breakfast dekat sini 😋.
Entah betul entah tidak cara Syu makan kacang pool ni 😂. |
So, nasihat Syu. Kalau korang datang makan di Suhaimi Cafe. Beringatlah ya! Jangan pesan banyak-banyak macam Syu. Satu orang cukup satu menu. Sebab portion makanannya memang banyak 😂.
Januari 23, 2024
Getah Peach Banyak Khasiat & Kaya Dengan Kolagen Semulajadi
Korang pernah makan tak getah peach (Peach gum/Tao jiao)? Sedap tau! Tambah-tambah kalau dibuat air laichi kang/tong sui 🤤. Getah peach ni rasa dia plain. Macam jelly kosong. Tapi, kalau dah dibuat laichi kang. Rasa dia memang sedap.
SUMBER FOTO : Alvin's Penthouse Kitchen |
Kalau korang nak tahu, getah peach ni merupakan getah pokok/resin pada pokok peach yang dah kering. Rupa lebih kurang macam getah anggur juga. Cuma, bila getah peach ni dah direndam. Teksturnya lebih kenyal & tak berderai macam getah anggur. Warna pun berbeza sikit. Getah anggur warna putih bersih. Getah peach pula, macam oren-oren sikit warnanya.
Khasiat getah peach
Setiap 100g getah peach ni mengandungi 175Kcal. Ia kaya dengan asid amino, kolagen (agen anti penuaan) & sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme badan & pertumbuhan otot. Selain itu, peach gum juga memiliki khasiat lain, seperti:
- Melawaskan pembuangan kencing - bersifat antibakteria & anti-inflimasi
- Menyejukkan badan
- Baik untuk sendi & tulang - Kaya dengan kolagen
- Menurunkan kadar kolestrol dalam badan - bersifat hipolipidemik dan antiaterosklerosis
- Melawaskan pembuangan air besar - Tinggi dengan probiotik
Cara bersihkan getah peach
Sebelum nak masak. Getah peach ni kena direndam dahulu semalaman supaya getah peach-nya betul-betul kembang & lembut. Lepas dah elok kembang, getah peach-nya kena dibersihkan satu persatu dari sebarang bendasing.
Bila dah dibersihkan, bolehlah dibuat laichi kang getah peach-nya 😋. |
Korang kena make sure, segala lebihan kulit kayu & kotoran yang melekat pada getah peach tu dibuang. Macam Syu, Syu bersihkan guna tweezer. Senang sikit kerja.
Tapi, kalau korang beli getah peach premium grade. Insyallah, kurang sikit masa korang nak kelebek getah peach ni satu-satu 🤭. Getah peach Syu ni, Syu beli di kedai Eco2 saja. Jadi, tak berapa nak premium sangat.
Bila dah bersih, bolehlah dimasak & dimakan getah peach-nya tanpa ragu-ragu. Paling best kalau getah peach ni dijadikan pencuci mulut. Macam Syu, Syu prefer guna buat Laichi Kang Getah Peach 😋. Resepi? Nanti Syu share di next entri.
Januari 22, 2024
Alkisah Malas Keluar Lepas Tu Malas Balik 🤭
Hujung minggu, seperti biasa diluangkan untuk berehat. Kalau tak pergi ke mana-mana. Syu duduk diam-diam dalam rumah. Buat aktiviti sendiri. Tak ada kerajinan nak berblog. Syu layan movie & TikTok. Tak pun kemas rumah 😬.
Bukan tak nak keluar pergi mana-mana sebenarnya. Cuma, kadang-kadang tu Syu rasa malas nak bersiap & hadap "ketertiban" umat manusia di atas jalan raya 😅.
Almaklumlah, time hujung minggu mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan punya. Tapi itulah, bila dah keluar. Rasa malas pula nak balik rumah - Dah seronok punya pasal 🤭. Sejenis perangai kan! Korang macam ni tak kadang-kadang 🤪?
Makan nasi ayam pedas Secret Recipes dengan cousin encik husband. Sedap! 😋 |
Selfie satu muka tak nak balik rumah 🤣. |
Usha adik manis sementara tunggu kopi & toasties siap 🤫 |
Sambung makan pretzel yang Syu tapau dekat AEON Kinta City tadi. Kopi minum esok. Dah cukup manis dah hari ni |
Januari 20, 2024
Giveaway Perfume SR
Ini dia! Giveaway Perfume SR! Giveaway 2024 yang ke-3 untuk Syuderis.com sertai. Korang dah submit penyertaan ke belum? Kalau belum, jom kita pakat join ramai-ramai bagi meriah. Giveaway ni berlangsung sampai 25hb Januari 2024 ni. Syarat-syarat penyertaannya mudah saja. Boleh klik banner di bawah untuk details lanjut. Selamat ber-giveaway you all 😘!
Submit penyertaan korang sekarang sebelum tamat tarikh penyertaan 😉! |
Januari 18, 2024
Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Blogger Cuya
Bagi memenuhi titah permaisuri Kerajaan Kelapa 🤭. Syu nak join giveaway sampul raya rare 2024 by blogger Cuya. Giveaway ni giveaway yang ke-2 yang Syu join untuk tahun 2024. Harap rezeki menyebelahi Syu tahun ni.
Jom korang! Kita meriahkan lagi giveaway Cuya ni. Mana tahu boleh menang sampul duit raya rare. Boleh juga guna masa nak bagi duit raya nanti 😁. Syu tengok sampul rayanya semua comel-comel. Paling Syu suka sampul raya yang ada ada tulis - "JANGAN BUKA DEPAN ORANG". Berguna sangat sampul ni orang-orang macam Syu 🤣.
Klik untuk details lanjut pasal giveaway ni! |
Bila sebut pasal giveaway sampul raya ni, teringat Syu masa mula-mula join Giveaway Sampul Raya Hipster blogger Azhafizah. Tak sangka dapat momento dari nismilan (Negeri Sembilan)! Harap tahun ni ada rezeki menang giveaway sampul rare dari blogger Cuya pula!
Kalau berjaya, tak gaduh dah Syu nak berbeli sampul duit raya! By the way, all the best Syu ucapkan pada semua rakan-rakan blogger yang dah join! Semoga ada rezeki menang giveaway. Selamat ber-giveaway semua 🥰!
Januari 17, 2024
Resepi Bubur Sumsum Lembut & Sedap Guna Sukatan Cawan
Malam tadi, Syu buat bubur sumsum pakai santan kotak. Tiba-tiba tekak teringin pula nak makan. Dah lama juga Syu tak buat bubur sumsum sebenarnya. Lagi pun, Syu sayangkan balance santan kotak yang Syu guna kemarin.
Kalau lambat pakai, takut rosak & tak sedap pula santan-nya nanti. Jadi, kita buatlah bubur sumsum. Bahan-bahan nak buat bubur sumsum-nya pun Syu pakai mana yang sedia ada dekat dapur saja 😁. Bukan apa, malas nak keluar berbeli.
Makan bubur sumsum ni time sejuk-sejuk memang sedap 😋! |
BAHAN A (Bubur Sumsum)
¾ cwn. (300g) - Tepung beras (Syu pakai Cap Teratai)
1½ sdb. - Tepung jagung
1 kotak kecil - Santan kotak (Kalau guna santan fresh lagi better)
Sedikit garam untuk bagi rasa lemak
2 ½ cwn. (1.2L) - Air
2 helai - Daun pandan
BAHAN B (Air gula merah)
½ cwn. - Gula merah
2 ketul besar - Gula nisan kerek
2 sdb. - Gula putih
2 helai - Daun pandan
Sedikit garam untuk bagi rasa lemak
1½ sdb. - Tepung jagung (Optional)
Air
Nak buat bubur sumsum ni mudah saja sebenarnya. Cuma part portion air dengan tepung tu kena pandai sukat. Kalau boleh, tekstur bubur sumsumnya tu kena lembut & ada iras-iras macam telur separuh masak bila dimakan dengan air gula merah 🤤.
Masukkan semua bahan dalam periuk & masak sampai adunannya meletup-letup macam ni. |
Untuk air gula bubur sumsum ni, Syu pakai 3 jenis gula. Gula merah, nisan kerek & gula putih. Kesemua gula-gula ni korang masak jer macam korang masak air gula biasa. Bila dah sejuk, bolehlah korang makan dengan bubur sumsum tadi 😋.
Bubur sumsum ni memang sedap kalau makan time sejuk. Jadi, sebelum nak makan tu, korang masukkan dulu dalam peti ais. Air gula pun sama. Baru sedap bila makan. Apa-apa pun, selamat mencuba & jemput makan 😋!
Januari 15, 2024
Doa Minta Pertolongan Dari Sifat Malas
Sifat rajin tu ada pasang surut. Sifat malas pun sama. Tapi, kadang-kadang sifat malas tu pula yang macam terlebih 😅. Betul tak? Tambah-tambah di pagi Isnin macam ni. Mood tu memanjang saja kelaut.
So, hari ni Syu nak share sikit doa minta pertolongan dari sifat malas yang Syu rasa serba serbi lengkap untuk menghindari diri dari sifat malas, kedekut, siksa kubur & terpelihara dari sebarang bencana.
Januari 12, 2024
Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor
Korang dah join giveaway blogger sis Roziah Muhammad Nor? Syu baru ni nak join 🤪. Harap ada lah rezeki untuk permulaan 2024 ni. Korang dah submit penyertaan ke belum?
Kalau belum, boleh klik banner di bawah untuk info lebih lanjut pasal giveaway ni. Pada yang dah sertai, all the best Syu ucapkan! Semoga ada rezeki buat korang semua 🥰.
Jom sertai ramai-ramai! Baru meriah 🥳. |
Januari 11, 2024
Cara Aktifkan Mesej GDPR Google Adsense 😵💫
Ini alkisah tentang Google Adsense (GA) Syu. To be honest, topik hari ni agak susah sikit nak dihadam. Harap korang bertabah membaca explaination Syu yang caca merba ni. By the way, korang ada nampak tak notification ni dekat GA korang?
Dah lama dah Syu perhati notification pasal publish Mesej GDPR (General Data Protection Regulation) ni di GA sebenarnya 😅. Tapi, sampai kesudah Syu tak buat apa-apa kemaskini. Almaklumlah, jarang selenggara blog & GA sejak dua menjak ni. Korang tau tak pasal mesej GDPR ni?
Remember to publish your GDPR message using a Google-certified CMP to continue showing AdSense ads on your site in the EEA and the UK. If you don't publish it by 16 January 2024, we'll publish one for you.
Memandangkan, hari ni ada kelapangan. Jadi, Syu luangkan masa sikit untuk menghadap benda alah ni sampai habis. Itu pun paksa diri juga menelaah satu persatu. Jenuh jugalah nak hadamkan dalam kepala pasal benda alah ni. Nampak macam simple saja. Tapi, agak renyah untuk di-digest dalam kepala 🥹.
Apa itu mesej GDPR?
Secara roughly, apa yang Syu fahamlah kan. Mesej GDPR ni merupakan privacy settings untuk korang monetise-kan iklan GA korang. Ianya lebih kepada pelindungan data peribadi pengguna/pengujung website korang yang melibatkan kawasan negara Eropah & UK - boleh baca lebih lanjut pasal EU User Consent Policy.
Dengan adanya mesej GDPR ni, sebelum pengguna/pengunjung website korang klik apa-apa pada halaman korang. Consent dari diorang akan diperolehi terlebih dahulu bagi memaklumkan bahawa segala data/maklumat peribadi diaorang selamat & tak akan disalahgunakan sewenang-wenangnya sepanjang iklan dipaparkan di halaman korang.
SUMBER FOTO : Freepik |
Dengan adanya consent dari pengguna/pengunjung website korang. Dengan ini, mereka membenarkan iklan korang dipaparkan & seterusnya bersetuju sekiranya data peribadi mereka digunakan untuk personal ads korang.
Jadi, for those yang ada apply iklan Google Adsense di blog. Bermula 16 Januari 2024, penggunaan mesej GDPR ni diwajibkan bagi mematuhi syarat-syarat pengiklanan di kawasan Ekonomi Eropah (EU) & UK. Pengaktifan mesej GDPR ni adalah bertujuan membenar & melayakkan iklan korang disiarkan kepada pengguna dari kawasan EU & UK.
Cara aktifkan mesej GDPR di Google Adsense
Syu tak sure cara Syu buat ni betul ataupun tidak sebenarnya 😅. Syu just baca & follow instructions yang dah diberikan saja. Yang pasti, korang kena make sure yang korang aktifkan semua mesej - GDPR, CPRA & Ad blocking recovery. Supaya iklan GA korang menepati polisi pengiklanan di sana.
LANGKAH 1 : Klik pada "GO TO GDPR SETTINGS" atau pergi ke bahagian "PRIVACY & MESSAGING" |
Follow saja steps yang GA bagi ni satu persatu sampai habis. |
Letaklah header & tukarlah sikit rupa paras mesej GDPR korang supaya sedap mata memandang. Boleh edit dekat bahagian "STYLING" |
Tekan "PUBLISH" bila dah selesai create mesej. |
Bila dah setel published semua mesej. Semua status "MESSAGE OFF" akan bertukar jadi "MESSAGE ON" 🟢 |
Actually, kalau korang tak activate-kan mesej GDPR ni pun tak mengapa. Sebab GA boleh tolong publish-kan untuk korang secara automatik bila sampai tarikhnya nanti. GA akan create & publish-kan mesej GDPR korang dengan setkannya kepada sistem default settings.
Tapi, kalau dapat aktifkan sendiri GDPR-nya lagi puas hati kan. At least, korang boleh pilih tetapan mesej GDPR korang sendiri & sesuaikan ikut colour theme blog korang. Barulah nampak lebih kemas. Macam ni! 🫣
Ini antara mesej GDPR yang Syu dah buat untuk blog Syuderis.com 🥰. |
Actually, Syu tak ada lah harap blog Syu ni beriklan sampai ke negara Eropah & UK sana 🤣. Since, GA dah bagi arahan. Maka, kita turutkan saja. By the way, korang dah aktifkan GDPR ke belum? Cuba kongsi sikit diruangan komen. Mana tahu cara Syu buat ni tak betul 😂.
Januari 10, 2024
Paling Tak Suka Lipat Kain 🫣!
Tak tahulah korang mengalami dilema yang sama macam Syu ataupun tidak. Yang pasti, sejenis Syu Deris memang cukup tak suka lipat baju. Jujur cakap 😂. Suruhlah cuci pinggan, mop lantai, sidai baju waima cuci jamban sekalipun. Tak mengapa! Syu boleh buat. Tapi, kalau lipat baju...memang Syu kalah 🫣!
Setiap kali nak lipat kain, setiap kali tu juga akan ada selingan 🫣. |
Bilik tetamu kat depan nun, ada dua raga nak kena dikerjakan. Walaupun raganya kecil. Tapi, Syu rasa kain bajunya macam beranak jadi beraga-raga pula. Memang mencabar jiwa raga betul nak menghadapnya 🥲.
Nak tak nak, Syu kena akur & berpijak di bumi yang nyata 🥹. Bahawasanya...
Saat kamu tangguh untuk melipat baju
Baju kamu yang berkumpul
Mereka akan saling JATUH CINTA & BERANAK PINAK dengan
🔥 BANYAK SEKALI 🔥
Yang PALING PALING SERAM mereka TIDAK PERNAH BERHENTI untuk terus MEMBIAK
Maka, JANGAN MALAS-MALAS melipat baju!
Januari 09, 2024
Apam Lenggang Lumut Sedap & Crispy
Hari Ahad hari tu, Syu ronda-ronda kawasan daerah Manjung. Cadang nak singgah rumah adik dekat Teluk Batik sana. Lama tak jumpa dia satu famili. Masa on the way nak ke sana, Syu terpandanglah satu stall kecil dekat tepi jalan besar. Lokasi stall-nya betul-betul nak masuk simpang ke Eco2 Teluk Batik - Tak jauh dah dari rumah adik Syu.
Dekat stall tu ada letak banner besar tulis Apam Lenggang Lumut. So, memang senang nampaklah stall-nya, kalau lalu jalan besar. Sebelah kedai adik tu, ada orang jual cucur udang - Cucur udang tu pun Syu beli juga😂. Memandangkan Syu dah lama tak makan apam lenggang, jadi Syu belilah buar ghaso-ghaso. Lagipun, time petang-petang memang best kalau dapat "something" yang boleh dibuat kudap-kudap 😋.
Kita order, baru adik ni masakkan apam lenggangnya. Yang main handphone tu tauke cucur udang stall sebelah 😂. |
Selesai tabur duit dekat Eco2, Syu terus singgah beli apam lenggang dekat stall adik tu. Dia jual sekeping 70 sen - Kira murahlah kan? Bukan senang nak melenggang apam lenggang sekeping-sekeping. Syu belilah dalam 11 keping. Lepas tu, bawa pergi rumah adik. Ingatkan cukup. Rupanya tak cukup kome! Syu tak ada lah beli banyak. Sebab Syu dah beli cucur udang. Tak sangka pula anak buah Syu yang dua ketul tu suka makan apam lenggang 😂.
Apam Lenggang sedap & rangup
Rangup apam lenggang-nya. Memang sedap makan masa panas 😋 |
Sejujurnya, Apam Lenggang Lumut ni memang sedap. Ranggup & tak terlalu manis. Tekstur luarnya garing. Dalamnya pula lembut. Manis pun sedang-sedang saja. Bila makan tak rasa muak. Dia punya rasa tu ada seakan-akan macam rasa kuih sepit pun ada juga. Memang sedap! Makan sekeping memang tak cukup. Kalau boleh nak berkeping-keping 😂. Kalau korang nak pergi ke Teluk Batik, jangan lupa singgah kedai Apam Lenggang Lumut 😋. Tak beli memang rugi!
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2024
(73)
-
▼
Januari
(12)
- Alkisah Sarah Deris Start Latihan Praktikal
- Breakfast Best & Halal Di Suhaimi Cafe Ipoh
- Getah Peach Banyak Khasiat & Kaya Dengan Kolagen S...
- Alkisah Malas Keluar Lepas Tu Malas Balik 🤭
- Giveaway Perfume SR
- Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Blogger Cuya
- Resepi Bubur Sumsum Lembut & Sedap Guna Sukatan Cawan
- Doa Minta Pertolongan Dari Sifat Malas
- Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor
- Cara Aktifkan Mesej GDPR Google Adsense 😵💫
- Paling Tak Suka Lipat Kain 🫣!
- Apam Lenggang Lumut Sedap & Crispy
-
▼
Januari
(12)