Alkisah Malas Keluar Lepas Tu Malas Balik 🤭

Januari 22, 2024

Hujung minggu, seperti biasa diluangkan untuk berehat. Kalau tak pergi ke mana-mana. Syu duduk diam-diam dalam rumah. Buat aktiviti sendiri. Tak ada kerajinan nak berblog. Syu layan movie & TikTok. Tak pun kemas rumah 😬.



Bukan tak nak keluar pergi mana-mana sebenarnya. Cuma, kadang-kadang tu Syu rasa malas nak bersiap & hadap "ketertiban" umat manusia di atas jalan raya 😅.


Almaklumlah, time hujung minggu mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan punya. Tapi itulah, bila dah keluar. Rasa malas pula nak balik rumah - Dah seronok punya pasal 🤭. Sejenis perangai kan! Korang macam ni tak kadang-kadang 🤪? 


Makan nasi ayam pedas Secret Recipes dengan cousin encik husband. Sedap! 😋


Selfie satu muka tak nak balik rumah 🤣. 


Usha adik manis sementara tunggu kopi & toasties siap 🤫


Sambung makan pretzel yang Syu tapau dekat AEON Kinta City tadi. Kopi minum esok. Dah cukup manis dah hari ni


Comments

  1. wahhhh kopi boleh simpan smpi esok!
    terbaikkkk
    kalau sy habis daaaaa
    hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan nak habiskan juga sebenarnya.
      Tapi, macam dah tak lalu. Sebab dari tadi asyik makan manis 😅

      Padam
  2. Saya pun kadang malas nak keluar weekend sebab tahu ramai orang dan jem sana sini. Malas bersiap pun ye jugak. Kalau boleh tahu-tahu dah siap, tahu tahu dah sampai. Gitulah. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 🤭 Kannnnn...
      Tapi bila dah keluar, tak reti-reti pula nak balik 😂

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!