Apam Lenggang Lumut Sedap & Crispy

Januari 09, 2024

Hari Ahad hari tu, Syu ronda-ronda kawasan daerah Manjung. Cadang nak singgah rumah adik dekat Teluk Batik sana. Lama tak jumpa dia satu famili. Masa on the way nak ke sana, Syu terpandanglah satu stall kecil dekat tepi jalan besar. Lokasi stall-nya betul-betul nak masuk simpang ke Eco2 Teluk Batik - Tak jauh dah dari rumah adik Syu.



Dekat stall tu ada letak banner besar tulis Apam Lenggang Lumut. So, memang senang nampaklah stall-nya, kalau lalu jalan besar. Sebelah kedai adik tu, ada orang jual cucur udang - Cucur udang tu pun Syu beli juga😂. Memandangkan Syu dah lama tak makan apam lenggang, jadi Syu belilah buar ghaso-ghaso. Lagipun, time petang-petang memang best kalau dapat "something" yang boleh dibuat kudap-kudap 😋.


Apam lenggang
Kita order, baru adik ni masakkan apam lenggangnya. Yang main handphone tu tauke cucur udang stall sebelah 😂.


Selesai tabur duit dekat Eco2, Syu terus singgah beli apam lenggang dekat stall adik tu. Dia jual sekeping 70 sen - Kira murahlah kan? Bukan senang nak melenggang apam lenggang sekeping-sekeping. Syu belilah dalam 11 keping. Lepas tu, bawa pergi rumah adik. Ingatkan cukup. Rupanya tak cukup kome! Syu tak ada lah beli banyak. Sebab Syu dah beli cucur udang. Tak sangka pula anak buah Syu yang dua ketul tu suka makan apam lenggang 😂.



Apam Lenggang sedap & rangup


Apam lenggang
Rangup apam lenggang-nya. Memang sedap makan masa panas ðŸ˜‹

 

Sejujurnya, Apam Lenggang Lumut ni memang sedap. Ranggup & tak terlalu manis. Tekstur luarnya garing. Dalamnya pula lembut. Manis pun sedang-sedang saja. Bila makan tak rasa muak. Dia punya rasa tu ada seakan-akan macam rasa kuih sepit pun ada juga. Memang sedap! Makan sekeping memang tak cukup. Kalau boleh nak berkeping-keping 😂. Kalau korang nak pergi ke Teluk Batik, jangan lupa singgah kedai Apam Lenggang Lumut 😋. Tak beli memang rugi!

Comments

  1. Begitu rupanya apam lenggang.
    Tidak tunjuk gambar cucur udang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa nak ambil gambarnya. Ha³ðŸ¤£
      Dah jatuh ke perut dah cucur udangnya pun.

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul². Dapat pula minum dengan teh o kurang manis. Terangkat 😋!

      Padam
  3. CUya first time dengar Apam Lenggang masa wedding cousin di Kedah.
    Kalau disini panggil apam balik crispy gitu je

    BalasPadam
  4. Jalan nak ke Teluk Batik tu banyak gerai tepi jalan. Dulu selalu ke sana kakak ada duduk kat Manjung Point belakang aeon. Lama dah tak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau datang area Manjung jangan lupa singgah tau. Seda apam lenggang adik ni 😋.

      Padam
  5. lamanya tak singgah blog akak.. tak singgah tak semstinya tak rindu tau. haha. dapnyaaa apam lenggang tu

    BalasPadam
  6. makan gitu je ke? mcm kuih kapit gulung tu pulak nampaknya

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!