Breakfast Best & Halal Di Suhaimi Cafe Ipoh

Januari 26, 2024

Breakfast halal

Pagi Rabu hari tu, perut terasa lapar sangat. Tak sempat nak sarapan di rumah sebab awal pagi dah nak kena gerak ke Jabatan Imigresen Ipoh. Selesai urusan di sana, Syu singgah sarapan sekejap di Suhaimi Cafe.


Orang kata, breakfast dekat sana sedap-sedap belaka. Especially, dia punya kacang pool- Dulu menu viral di negeri Johor. Seumur hidup, Syu tak penah makan kacang pool ni tau. Jadi, kita pun singgahlah sekejap sebab teringin nak mencuba 😁.


Breakfast halal
Tak penuh kedainya. Mungkin ramai yang dah beransur balik 😬

Masa Syu sampai, boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang. Tapi, tak ada lah teruk sangat sampai nak kena beratur panjang dekat luar 😅. Mungkin time Syu sampai tu, ramai yang dah beransur balik agaknya.



Self service!


Untuk pengetahuan korang, di Suhaimi Cafe ni korang kena isi borang pesanan layan diri untuk buat pesanan. Borangnya ada disediakan di atas meja. Dekat kertas tu, korang tulislah nombor meja & kuantiti makanan yang korang nak pesan.


Breakfast halal
Tak bayar, tak dapat makan 🤭. 


Bila dah selesai tulis, korang boleh proceed dengan membuat pembayaran di kaunter cashier. Kertas order tu nanti diorang refer untuk prepare order korang. Kalau korang tak bayar, sampai kesudahlah korang tak dapat makan 🤭. 



Highly recommended kacang pool!


Untuk breakfast. Syu pesan kacang pool, kopi ais & spaghetti carbonara (Tapau bawa balik sebab dah kenyang 🤭) . Syu ingatkan kacang pool-nya tak mengenyangkan.


Breakfast halal
Sedap & portion-nya pun boleh tahan banyak 😋. 


Sekali sampai-sampai, gila gedabak besar roti Benggali yang diaorang guna 😅. Udah jenuh Syu nak habiskan 😂. Apa-apa pun, kacang pool & kopi aisnya memang padu! Tak sia-sia singgah breakfast dekat sini 😋.


Breakfast halal
Entah betul entah tidak cara Syu makan kacang pool ni 😂.


So, nasihat Syu. Kalau korang datang makan di Suhaimi Cafe. Beringatlah ya! Jangan pesan banyak-banyak macam Syu. Satu orang cukup satu menu. Sebab portion makanannya memang banyak 😂.



Comments

  1. Kenyang sampai ke petang.

    BalasPadam
  2. Teringin nak makan kacang pool tu. Tak pernah makan lagi. Walaupun duk Johor lama jugak dulu masa belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tak berapa viral macam dulu.
      Cubalah! Sedap kacang pool ni 😋

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!