Ini alkisah tentang Google Adsense (GA) Syu. To be honest, topik hari ni agak susah sikit nak dihadam. Harap korang bertabah membaca explaination Syu yang caca merba ni. By the way, korang ada nampak tak notification ni dekat GA korang?
Dah lama dah Syu perhati notification pasal publish Mesej GDPR (General Data Protection Regulation) ni di GA sebenarnya 😅. Tapi, sampai kesudah Syu tak buat apa-apa kemaskini. Almaklumlah, jarang selenggara blog & GA sejak dua menjak ni. Korang tau tak pasal mesej GDPR ni?
Remember to publish your GDPR message using a Google-certified CMP to continue showing AdSense ads on your site in the EEA and the UK. If you don't publish it by 16 January 2024, we'll publish one for you.
Memandangkan, hari ni ada kelapangan. Jadi, Syu luangkan masa sikit untuk menghadap benda alah ni sampai habis. Itu pun paksa diri juga menelaah satu persatu. Jenuh jugalah nak hadamkan dalam kepala pasal benda alah ni. Nampak macam simple saja. Tapi, agak renyah untuk di-digest dalam kepala 🥹.
Apa itu mesej GDPR?
Secara roughly, apa yang Syu fahamlah kan. Mesej GDPR ni merupakan privacy settings untuk korang monetise-kan iklan GA korang. Ianya lebih kepada pelindungan data peribadi pengguna/pengujung website korang yang melibatkan kawasan negara Eropah & UK - boleh baca lebih lanjut pasal EU User Consent Policy.
Dengan adanya mesej GDPR ni, sebelum pengguna/pengunjung website korang klik apa-apa pada halaman korang. Consent dari diorang akan diperolehi terlebih dahulu bagi memaklumkan bahawa segala data/maklumat peribadi diaorang selamat & tak akan disalahgunakan sewenang-wenangnya sepanjang iklan dipaparkan di halaman korang.
SUMBER FOTO : Freepik |
Dengan adanya consent dari pengguna/pengunjung website korang. Dengan ini, mereka membenarkan iklan korang dipaparkan & seterusnya bersetuju sekiranya data peribadi mereka digunakan untuk personal ads korang.
Jadi, for those yang ada apply iklan Google Adsense di blog. Bermula 16 Januari 2024, penggunaan mesej GDPR ni diwajibkan bagi mematuhi syarat-syarat pengiklanan di kawasan Ekonomi Eropah (EU) & UK. Pengaktifan mesej GDPR ni adalah bertujuan membenar & melayakkan iklan korang disiarkan kepada pengguna dari kawasan EU & UK.
Cara aktifkan mesej GDPR di Google Adsense
Syu tak sure cara Syu buat ni betul ataupun tidak sebenarnya 😅. Syu just baca & follow instructions yang dah diberikan saja. Yang pasti, korang kena make sure yang korang aktifkan semua mesej - GDPR, CPRA & Ad blocking recovery. Supaya iklan GA korang menepati polisi pengiklanan di sana.
LANGKAH 1 : Klik pada "GO TO GDPR SETTINGS" atau pergi ke bahagian "PRIVACY & MESSAGING" |
Follow saja steps yang GA bagi ni satu persatu sampai habis. |
Letaklah header & tukarlah sikit rupa paras mesej GDPR korang supaya sedap mata memandang. Boleh edit dekat bahagian "STYLING" |
Tekan "PUBLISH" bila dah selesai create mesej. |
Bila dah setel published semua mesej. Semua status "MESSAGE OFF" akan bertukar jadi "MESSAGE ON" 🟢 |
Actually, kalau korang tak activate-kan mesej GDPR ni pun tak mengapa. Sebab GA boleh tolong publish-kan untuk korang secara automatik bila sampai tarikhnya nanti. GA akan create & publish-kan mesej GDPR korang dengan setkannya kepada sistem default settings.
Tapi, kalau dapat aktifkan sendiri GDPR-nya lagi puas hati kan. At least, korang boleh pilih tetapan mesej GDPR korang sendiri & sesuaikan ikut colour theme blog korang. Barulah nampak lebih kemas. Macam ni! 🫣
Ini antara mesej GDPR yang Syu dah buat untuk blog Syuderis.com 🥰. |
Actually, Syu tak ada lah harap blog Syu ni beriklan sampai ke negara Eropah & UK sana 🤣. Since, GA dah bagi arahan. Maka, kita turutkan saja. By the way, korang dah aktifkan GDPR ke belum? Cuba kongsi sikit diruangan komen. Mana tahu cara Syu buat ni tak betul 😂.
baca dulu walaupun kurang faham...nanti ada masa kita hadam lagi..thanks for sharing!!
BalasPadamMA x buat pun..memang lemah bab2 ni..
BalasPadamSaya ada dpt email juga pasal mesej GDPR Google Adsense ni bulan lepas tak silap. Bila baca post Syu ni, terus saya buat hihihi~ Terima kasih sudi share info =)
BalasPadamSorry nak tanya, masa nak publish GDPR mesej tu, kena ada privacy policy URL. Macam mana tu ye? Saya memang tak berapa familiar dengan term2 ni semua. Harap dapat membantu. Terima kasih.
BalasPadamwww.kiddieoasis7.blogspot.com
Untuk privacy policy tu, yang ni boleh guna URL disclaimer yang kita letak pada blog. Copy link & paste dekat situ 🥰.
Padam