Getah Peach Banyak Khasiat & Kaya Dengan Kolagen Semulajadi

Januari 23, 2024

Getah peach

Korang pernah makan tak getah peach (Peach gum/Tao jiao)? Sedap tau! Tambah-tambah kalau dibuat air laichi kang/tong sui 🤤. Getah peach ni rasa dia plain. Macam jelly kosong. Tapi, kalau dah dibuat laichi kang. Rasa dia memang sedap.


Getah peach
SUMBER FOTO : Alvin's Penthouse Kitchen


Kalau korang nak tahu, getah peach ni merupakan getah pokok/resin pada pokok peach yang dah kering. Rupa lebih kurang macam getah anggur juga. Cuma, bila getah peach ni dah direndam. Teksturnya lebih kenyal & tak berderai macam getah anggur. Warna pun berbeza sikit. Getah anggur warna putih bersih. Getah peach pula, macam oren-oren sikit warnanya.

 

 

Khasiat getah peach


Setiap 100g getah peach ni mengandungi 175Kcal. Ia kaya dengan asid amino, kolagen (agen anti penuaan) & sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme badan & pertumbuhan otot. Selain itu, peach gum juga memiliki khasiat lain, seperti:


  • Melawaskan pembuangan kencing - bersifat antibakteria & anti-inflimasi
  • Menyejukkan badan
  • Baik untuk sendi & tulang - Kaya dengan kolagen
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam badan - bersifat hipolipidemik dan antiaterosklerosis
  • Melawaskan pembuangan air besar - Tinggi dengan probiotik



Cara bersihkan getah peach


Sebelum nak masak. Getah peach ni kena direndam dahulu semalaman supaya getah peach-nya betul-betul kembang & lembut. Lepas dah elok kembang, getah peach-nya kena dibersihkan satu persatu dari sebarang bendasing.


Getah peach
Bila dah dibersihkan, bolehlah dibuat laichi kang getah peach-nya 😋


Korang kena make sure, segala lebihan kulit kayu & kotoran yang melekat pada getah peach tu dibuang. Macam Syu, Syu bersihkan guna tweezer. Senang sikit kerja.


Tapi, kalau korang beli getah peach premium grade. Insyallah, kurang sikit masa korang nak kelebek getah peach ni satu-satu 🤭. Getah peach Syu ni, Syu beli di kedai Eco2 saja. Jadi, tak berapa nak premium sangat.


Bila dah bersih, bolehlah dimasak & dimakan getah peach-nya tanpa ragu-ragu. Paling best kalau getah peach ni dijadikan pencuci mulut. Macam Syu, Syu prefer guna buat Laichi Kang Getah Peach 😋. Resepi? Nanti Syu share di next entri. 

Comments

  1. nampak sedap laa pulak
    dapat laicikang time panas2 ni
    fuhh heaven

    BalasPadam
  2. tak pernah rasa macam menarik pulak nengoknya...

    BalasPadam
  3. Baru tahu pasal getah peach ni. Macam pernah nampak ingatkan apa. Dia macam jeli kenyal gitu ye. Memang sedaplah masuk dalam lai chi kang.

    BalasPadam
  4. Baru tau yang tu rupanya getah peach, selalu main telan je kalau makan lai chi kang. Saya follow sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ni lah rupa dia.
      Sebelum kembang nampak macam batu kristal. Lepas kembang, rupa jelly 🤭. Sedap tau!
      BTW, terima singgah sini 🥰.

      Padam
  5. pernah makan jugak ni sedap.. ,buat air laici kang. tapi tu lah lama dah x buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan...
      Memang best bila buat laichi kang 😋

      Padam
  6. Perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!