Paling Tak Suka Lipat Kain 🫣!

Januari 10, 2024

Tak tahulah korang mengalami dilema yang sama macam Syu ataupun tidak. Yang pasti, sejenis Syu Deris memang cukup tak suka lipat baju. Jujur cakap 😂. Suruhlah cuci pinggan, mop lantai, sidai baju waima cuci jamban sekalipun. Tak mengapa! Syu boleh buat. Tapi, kalau lipat baju...memang Syu kalah 🫣! 


Lipat kain
Setiap kali nak lipat kain, setiap kali tu juga akan ada selingan 🫣. 


Bilik tetamu kat depan nun, ada dua raga nak kena dikerjakan. Walaupun raganya kecil. Tapi, Syu rasa kain bajunya macam beranak jadi beraga-raga pula. Memang mencabar jiwa raga betul nak menghadapnya 🥲. 



Nak tak nak, Syu kena akur & berpijak di bumi yang nyata 🥹. Bahawasanya...


Saat kamu tangguh untuk melipat baju

Baju kamu yang berkumpul

Mereka akan saling JATUH CINTABERANAK PINAK dengan


🔥 BANYAK SEKALI 🔥


Yang PALING PALING SERAM mereka TIDAK PERNAH BERHENTI untuk terus MEMBIAK

 Maka, JANGAN MALAS-MALAS melipat baju! 



Comments

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam
  2. Betul tu kak... byak2 kerja di rumah lipat kain tu lah yg paling malas sekali hahaha... sy lipat kain seminggu sekali... memang berbakullah... seharian tu mmg tak buat kerja lain dah

    BalasPadam
  3. Haha lawak ayat-ayat di bawah sekali itu.

    BalasPadam
  4. hahahah...lawak.
    ammi pun sama. seminggu sekali baru melipat kain. dah melipat nak menyusunnya pun malas juga. dan yg geram bila kita dah lipat cecantik, anak-anak bujang masukkan baju dalam lemari dorang macam mak dia main gulung2 je kain tu. dia peronyok je baju tu. ehhhhh geram. memeang kena tarik sideburn

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!