Resepi Bubur Sumsum Lembut & Sedap Guna Sukatan Cawan

Januari 17, 2024

Bubur sumsum

Malam tadi, Syu buat bubur sumsum pakai santan kotak. Tiba-tiba tekak teringin pula nak makan. Dah lama juga Syu tak buat bubur sumsum sebenarnya. Lagi pun, Syu sayangkan balance santan kotak yang Syu guna kemarin.



Kalau lambat pakai, takut rosak & tak sedap pula santan-nya nanti. Jadi, kita buatlah bubur sumsum. Bahan-bahan nak buat bubur sumsum-nya pun Syu pakai mana yang sedia ada dekat dapur saja 😁. Bukan apa, malas nak keluar berbeli.


Bubur sumsum
Makan bubur sumsum ni time sejuk-sejuk memang sedap 😋! 


BAHAN A (Bubur Sumsum)


 ¾ cwn. (300g) - Tepung beras (Syu pakai Cap Teratai)

1½ sdb. - Tepung jagung

1 kotak kecil - Santan kotak (Kalau guna santan fresh lagi better) 

Sedikit garam untuk bagi rasa lemak

2 ½ cwn. (1.2L) - Air

2 helai - Daun pandan



BAHAN B (Air gula merah)


½ cwn. - Gula merah

2 ketul besar - Gula nisan kerek

2 sdb. - Gula putih

2 helai - Daun pandan

Sedikit garam untuk bagi rasa lemak

1½ sdb. - Tepung jagung (Optional)

Air



Nak buat bubur sumsum ni mudah saja sebenarnya. Cuma part portion air dengan tepung tu kena pandai sukat. Kalau boleh, tekstur bubur sumsumnya tu kena lembut & ada iras-iras macam telur separuh masak bila dimakan dengan air gula merah 🤤.


Masukkan semua bahan dalam periuk & masak sampai adunannya meletup-letup macam ni.


Untuk air gula bubur sumsum ni, Syu pakai 3 jenis gula. Gula merah, nisan kerek & gula putih. Kesemua gula-gula ni korang masak jer macam korang masak air gula biasa. Bila dah sejuk, bolehlah korang makan dengan bubur sumsum tadi 😋.



Bubur sumsum ni memang sedap kalau makan time sejuk. Jadi, sebelum nak makan tu, korang masukkan dulu dalam peti ais. Air gula pun sama. Baru sedap bila makan. Apa-apa pun, selamat mencuba & jemput makan 😋!

Comments

  1. memang sedapp ni mkn sejuk2
    lajuu je
    nak pula dgn air gula merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Sedapkan.
      Paling layan kalau makan time bulan puasa
      Lain macam dia punya feel tu

      Padam
  2. Tak pernah makan rasanya bubur sum2 ni. Nampak macam taufu fa pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak macam taufu fa. Tapi, rasa tak sama.
      Rasa lemak-lemak bersantan. Sedap! Cubalah buat kak.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!