Februari 29, 2024
"Leap Day" Tahun Lompat 2024 : Jumpa Kamu 4 Tahun Lagi Ya!
Hari ni 29 haribulan Februari 2024. Hari terakhir kalendar bulan Februari & leap day juga untuk tahun lompat 2024 ni. Bukan selalu jumpa leap day ni tau. 4 tahun sekali baru muncul 😅. So, pada yang hari lahir jatuh pada tarikh hari ni, happy birthday diucapkan. Enjoy your day pada tarikh keramat ni okay! 😜
SUMBER FOTO : Google |
Apa-apa pun, goodbye February & selamat datang March 2024. Bulan penutupnya bulan Syaaban & bulan permulaannya Ramadhan. 😚 Tak sabar rasanya nak nyambut puasa.
Februari 24, 2024
Salam Nisfu Syaaban 2024/1445H
Ya Allah. Sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Syaaban. Maka, sampaikan umur kami di bulan ramadhan. Dan takdirkan kami termasuk golongan orang-orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka
Februari 23, 2024
Keropok Kolong-kolong Rupanya Nama Dia! 😂
Syu pernah share entri pasal kuih akar kelapa hari tu. Rupa-rupanya, panggilan sebetulnya untuk adalah keropok kolong-kolong atau pun untir-untir ya 😂. To be honest, dia punya rasa & teksturnya tu memang sebijik macam kuih akar kelapa. Cuma yang ini dipanggil keropok kolong-kolong 🤭. Dengar cerita, ada campuran keladi sikit dalam keropok ni.
Diperbuat dari bahan yang berasaskan tepung, keledek & gula. Rupa macam keria. Tapi, sedikit keras & kecil 🤤. |
Kalau dirujuk dari kamus Dewan Bahasa & Pustaka, kolong-kolong tu bermaksud lingkaran besar atau gelung-gelung. Memang padan sangatlah panggilan kolong-kolong ni dengan rupa kuih ni 😁. By the way, keropok kolong-kolong ni memang sedap. Ranggup & tak terlalu manis walaupun disira penuh dengan gula. Tapi, harga boleh tahan mahal juga. Setengah kilo RM10 😂. Baru plan nak jadikan kuih raya. Cancel-lah kalau macam ni 😆. Lagipun, payah nak jumpa!
Februari 21, 2024
Teruskan Senyum 😌
Senyum tu satu sedekah. Teruskan je senyum. Walaupun...
Page views drop SEPARUH
Google Adsense KOSONG sen
Followers TAK RAMAI
Entri SENDU
Commentators boleh KIRA DENGAN JARI
Gambar diambil tatkala menunggu hujan reda. Lebat namate hujannya. Nak rempit balik pun tak lepas 😌. |
PLUS!
Kau SIBUK memanjang dengan kerja tak kira masa
Terus KEKAL SENYUM!
ALWAYS tau!
KELAT pun kelatlah
SENYUM je okay! 😬
Februari 19, 2024
Taman Paya Bakau Lumut Perak
Ni alkisah Sabtu minggu lepas. Selesai makan kenduri. Syu, mak & Sarah Deris beransur awal. Bukan apa, malas nak melepek di tempat kenduri tu lama-lama. Jemputan pula, makin lama makin ramai. Rasa tak selesa pula dibuatnya 😂.
Jadi, kitaorang bertiga berubah haluan ke tempat yang lebih menenangkan ke taman monyet yang famous ada di daerah Manjung ni - Sekarang nama barunya Taman Paya Bakau Bandar. Tempatnya dah tak jauh dah dari tempat keduri. Dalam 10 minit macam tu.
Harga tiket masuk cuma RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak & warga emas Syu tak pasti. Mungkin sama harga juga agaknya 😅 |
Agak lama juga Syu tak ke Taman Paya Bakau Bandar yang terletak di daerah Manjung ni sebenarnya. Since Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tutup taman ni untuk kerja-kerja menaik taraf. Memang Syu tak pernah singgah langsung dah.
Kali terakhir Syu pergi, masa Syu buat research untuk Syu punya thesis tahun 2011 - Tajuk thesis Syu masa tu ada kena mengena dengan hutan paya bakau 🤭. Punyalah lama kan Syu tak pergi? Padahal setiap kali balik kampung, Syu selalu lalu depan taman ni 😅. Entah macam mana baru terdetik nak singgah.
Cantik & lebih terurus
Tandas baru. Harap tak ada yang salah guna & bagi rosak 😌. |
To be honest, Taman Paya Bakau Bandar Manjung yang sekarang jauh lebih cantik & terurus berbanding dulu. Masa pergi sana hari tu, dah macam-macam perubahan pihak MPM dah buat. Ada kaunter tiket. Kemudahan tandas awam & juga trek baru yang lebih selamat & kukuh untuk dilalui.
Treknya dah tukar kepada konkrit. Dulu kayu. Nak pijak pun seram 😂. |
Paling best, sepanjang trek laluan paya bakau ni bersih & dah tak bersepah dengan sampah-sarap lagi. Monyet-monyet dalam taman paya bakau ni pun dah behave sikit diorang punya perangai. Elok sopan santun semuanya. Nampak agresif. Tapi, tak disturbing sangatlah bila lalu tepi diaorang.
Dulu, setiap kali datang ke taman paya bakau ni. Memanjang saja monyet-monyetnya nak merampas barang orang - Auto teringat incident Sarah Deris punya botol air kena rampas 😅. Ganas & agresif diorang masa tu. Sekarang diorang dah tak macam tu dah.
Mungkin pengujung semua follow rules supaya tak beri monyet-monyet ni makanan agaknya. That's why monyet-monyetnya behave sikit perangai. Sebab diaorang pun tahu, yang pergi sana cuma datang nak tengok saja & bukannya nak bagi diorang makan.
Jambatan gantung
Untuk jambatan gantung, dibenarkan untuk naik menyeberang 5 orang sahaja dalam satu-satu masa. |
Jambatan gantung masih dibuka untuk pengunjung lalu menyeberang. Kalau korang datang berkunjung ke sini, korang wajib naik & lalu atas jambatan ni. Barulah korang boleh tengok pemandangan cantik hutan paya bakau ni dari atas. Tapi, kena ingat. Tak boleh naik ramai atas jambatan ni tau. Maksimum 5 orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa 🖐🏻 . Kalau lebih muatan nanti takut lain pula yang jadi.
Pemandangan dari atas menara jambatan gantung. |
Tenang & penuh dengan kehijauan 😌. |
Februari 18, 2024
Hukum Hadir Majlis Ada Arak
Hukum hadir pada mana-mana majlis samada majlis rasmi diraja atau orang kenamaan atau makan malam atau seumpamanya dimana ada pada majlis tersebut dihidangkan arak adalah haram sekalipun tidak meminumnya.
Majlis yang ada dihidangkan arak adalah majlis maksiat dan berdosa orang yang hadir padanya kerana dikira bersetuju dengan perkara maksiat.
Diriwayatkan dari Umar r.a. sungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ
artinya : "Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat maka jangan ia duduk pada majlis yang dihidangkan atasnya arak." (Hadith Imam Ahmad)
Dan daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ
artinya : "Barangsiapa percaya kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia hadir pada jamuan yang diminum padanya akan arak." (Hadith Ad-Darimi)
Maka haram dan berdosalah orang Islam yang pergi hadir ke majlis atau perhimpunan yang dihidangkan di situ akan arak sekalipun tidak meminumnya dan sekalipun atas alasan terpaksa hadir kerana disuruh oleh majikan atau atas alasan bekerja.
Dan termasuk juga haram dan berdosa hadir di pusat hiburan yang ada diminum akan arak oleh orang bukan Islam tanpa sebarang keuzuran.
Wallahua'lam
SUMBER : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
Februari 12, 2024
Pagi Isnin Yang Indah
Pagi ni elok cerah cuacanya. Memang elok sangat buat bris walk dekat taman. Dapat buat dalam sejam kira okaylah kan 😬. Kasi warmup sikit sendi-sendi yang dah longgar & lemak tepu dalam badan ni 🤭.
Alhamdulillah. Elok sungguh cuaca hari ni 🥰. |
Memandangkan hari ni last day cuti bersempena Chinese New Year. Maka, kita manfaatkan sisa-sisa masa yang ada dengan perkara-perkara yang merelaks-kan otak. Bukan apa, esok dah kena kerja dah. Dah tentu-tentu banyak kejutan menanti 😅.
Instructor tak berbayar ada sekali tadi 🤭. Upah Mr. Churros senyaplah dia 🤣. |
Februari 11, 2024
Jom Cha By Farm Fresh Best!
Selamat berhujung minggu buat semua rakan blogger Syuderis.com. Just nak bagitahu, Jom Cha by Farm Fresh sedap 😋. Pertama kali Syu cuba, terus jatuh cinta. Ini pun rasa macam nak mengulang beli lagi ni tau🤭. Sebab sedap & murah punya pasal. Memang Syu rekemen sangat untuk korang cuba.
Soft ice cream sedap!
Kalau korang nak tahu, dekat Jom Cha ni ada jual air & juga soft ice-cream. Untuk soft ice-cream ada dua jenis pilihan based aiskrim. Korang boleh pilih samada korang nak aiskrim yang jenis milk-based ataupun yogurt-based.
Harga kedua-duanya tetap sama, RM5.80. Cuma toppings-nya korang kena add-on. Setiap toppings harganya RM1.50. Buat masa sekarang, ada 8 pilihan toppings korang boleh pilih. Antaranya :
- Brown sugar boba
- Yogurt popa
- Crystal boba
- Mango crystal boba
- Butterscotch sauce
- Dark chocolate sauce
- Strawberry sauce
- Biscoff biscuits crumbs
Air Syu beli Farm fresh milk with salted caramel (RM12. 30). Aiskrimnya pula, aiskrim yogurt letak toppings mango crystal boba & strawberry sauce (RM8.80) 😋. |
Antara dua jenis aiskrim tu, Syu paling suka soft ice-cream yogurt-based. Serius sedap 🤤. Lemak berkrim & tak terlalu masam. Harga pun jauh lebih murah dari aiskrim yogurt Sepanyol yang terkemuka tu. Satu cup tak sampai pun RM10 tau - Yang ini dah tentu-tentu buatan Malaysia 🤭. Jadi, support-lah sikit produk anak tempatan!
Februari 09, 2024
Terima Kasih Choy!
Choy bagi popia mini, kacang Ngan Nyin & honey ponkan 😋. |
Chinese New Year (CNY) just around the corner. So, hari ni deme-deme yang berbangsa Cina makan beso! Kita yang tak raya ni, alhamdulillah dapat tempias sekali bos bagi cuti 😁 - Selasa minggu depan baru start kerja. Harap mood tak ke lautlah lepas dah cuti lama😆. Kudap-kudap CNY pun dapat juga dari officemate Syu - Terima kasih Choy! Popia mini sedap. Limau pun manis! Semanis senyumanmu.
Sedap popia mininya. Terima kasih tau Choy 😋. |
Pasal "Bonbon" (Bonus tahunan)? Dengar cerita, akan dapat juga. Tapi dapat time raya kitaorang masing-masing. Untuk CNY, staff yang berbangsa Cina dapat dulu. Next round, kitaorang pula. Harap ada rezekilah hendaknya. Boleh makan beso juga dengan family time raya nanti 😁! Apa-apa pun, thank you Choy for the goodies. Selamat bercuti & selamat beraya 😚.
Februari 08, 2024
Breakfast Di Ipoh Station Cafe
Salam Khamis & salam Israk Mikraj buat semua rakan blogger Syuderis.com 🥰. Ada yang dah start cuti ke hari ni? Kalau dah, nak bagitahu satu saja. I is jealous sebab still kena kerja sampai esok 🥹.
By the way, korang dah breakfast ke tu? Kalau belum, meh Syu nak tunjuk satu lagi port breakfast best di Ipoh 😁. Nama kedainya, Ipoh Station Cafe. Lokasinya terletak betul-betul di pekan kecil Station 18. Tempatnya agak tersorok sikit. Tapi, ramai pengunjung.
Untuk pengetahuan korang, Ipoh Station Cafe ni menghidangkan menu sarapan pagi sahaja. That's why waktu operasinya dari jam 7 pagi sampai 12 tengahari. So, kalau korang nak datang makan breakfast dekat sini, make sure korang datang sebelum pukul 12 tengahari.
Antara menu-menu breakfast yang padu ada dekat sini 🤤. |
Selain Suhaimi Cafe, di Ipoh Station Cafe ni pun ada jual Kacang Pool. Dekat sini, roti kacang pool-nya besar sikit sebab diaorang guna roti Benggali bersaiz besar. Harga pun boleh dikatakan berpatutan jugalah pada Syu. Kalau korang datang Ipoh. Jangan lupa singgah breakfast dekat sini okay! Serius tak rugi 😋.
Puas & kenyang makan kacang pool dekat sini sebab roti Benggali-nya besar 🤭. |
Februari 03, 2024
Perfume Mesra Solat Dari Mekar Inspired Perfume
Sejenis Syu Deris ni memang tak berapa sangat nak berhabis duit berbeli perfume mahal-mahal & branded - Berhabis dekat barang pemakan tak apa 🤭. Dapat beli perfume standard pasar malam yang harga bawah RM20 pun dah cukup memadai. Macam perfume jenama Mekar ni.
Cherry Blossom ni pun sedap bau dia 🥰. |
Wangian tahan lama & mesra solat
Sebotol harganya cuma RM15 saja untuk 350ml. Perfume-nya wangi & tahan lama bila dipakai seharian - Kalau bau badan kuat, mungkin kena spray lebih sikit 😅. Ada banyak pilihan bau korang boleh pilih. Baik untuk lelaki mahupun perempuan.
Paling best, bahan-bahan yang terkandung dalam perfume ni terdiri dari bahan-bahan yang mesra untuk digunakan ketika solat. So, korang boleh guna tanpa was-was.
Katy Perry Purr ni sedap bau dia. Tapi susah nak jumpa sebab selalu sangat sold out 🥹. |
Februari 02, 2024
Abang Suresh Selamanya Di Hati
Petang semalam, Syu terima khabar duka dari kawan-kawan tempat lama Syu kerja, Persatuan Daybreak. Katanya, abang Suresh dah meninggal dunia akibat serangan jantung 😢. Upacara pengebumiannya dibuat pada jam 12 tengahari hingga jam 2 petang - Sempatlah Syu singgah tengahari tadi bagi penghormatan terakhir.
Dari kiri : Punitha, Syu, May & Abang Suresh. Belakang : Abang Gopal |
Pada awalnya, Syu agak terkejut juga bila terima perkhabaran tu. Tak sangka & tak percaya yang abang Suresh dah tak ada 🥺. Setahu Syu, abang Suresh mana ada sakit apa-apa. Even abang Gopal cakap, abang Suresh siap gembira-gembira lagi dengan family dia malam tu.
Memang betul lah. Ajal maut tu kita tak boleh jangka. Bila-bila masa saja boleh dijemput. Apa-apa pun, takziah buat keluarga abang Suresh. Kami rakan-rakan yang pernah berjuang bersama abang di Persatuan Daybreak, akan sentiasa merindui abang walau di mana jua kami berada 😢.
Februari 01, 2024
Terima Kasih Tuanku!
Semalam selesai majlis pertabalan Sultan Johor sebagai Yang Dipertuan Agung Malaysia yang Ke-17. Rasa gembira dengan perlantikan Sultan Johor sebagai YDPA yang baru. Sebab baginda seorang yang tegas & berjiwa rakyat.
Tapi, pada masa yang sama rasa sedih dengan keberangkatan pulang YDPA ke-16 & tuanku permaisuri. Bukan apa, suka sangat tengok pasangan Diraja ni. Berjiwa rakyat, sangat humble & bersederhana-Anaknya handsome by the way 🤭.
Semoga tuanku berdua sentiasa sihat walau di mana jua tuanku berada 🥰. |
Apa-apa pun, tahniah diucapkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas pertabalan baginda sebagai YDPA Malaysia yang Ke-17. Semoga tuanku dapat memerintah Malaysia dengan adil & saksama.
Juga terima kasih tak terhingga kepada YDPA ke-16, tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama tuanku permaisuri Tunku Azizah Aminah disepanjang 5 tahun pemerintahan yang penuh dengan cabaran.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2024
(73)
-
▼
Februari
(14)
- "Leap Day" Tahun Lompat 2024 : Jumpa Kamu 4 Tahun ...
- Pencarian Bloglist Baru Blogger Nieza
- Salam Nisfu Syaaban 2024/1445H
- Keropok Kolong-kolong Rupanya Nama Dia! 😂
- Teruskan Senyum 😌
- Taman Paya Bakau Lumut Perak
- Hukum Hadir Majlis Ada Arak
- Pagi Isnin Yang Indah
- Jom Cha By Farm Fresh Best!
- Terima Kasih Choy!
- Breakfast Di Ipoh Station Cafe
- Perfume Mesra Solat Dari Mekar Inspired Perfume
- Abang Suresh Selamanya Di Hati
- Terima Kasih Tuanku!
-
▼
Februari
(14)