Abang Suresh Selamanya Di Hati

Februari 02, 2024

Petang semalam, Syu terima khabar duka dari kawan-kawan tempat lama Syu kerja, Persatuan Daybreak. Katanya, abang Suresh dah meninggal dunia akibat serangan jantung 😢. Upacara pengebumiannya dibuat pada jam 12 tengahari hingga jam 2 petang - Sempatlah Syu singgah tengahari tadi bagi penghormatan terakhir. 


Dari kiri : Punitha, Syu, May & Abang Suresh. Belakang : Abang Gopal


Pada awalnya, Syu agak terkejut juga bila terima perkhabaran tu. Tak sangka & tak percaya yang abang Suresh dah tak ada 🥺. Setahu Syu, abang Suresh mana ada sakit apa-apa. Even abang Gopal cakap, abang Suresh siap gembira-gembira lagi dengan family dia malam tu.



Memang betul lah. Ajal maut tu kita tak boleh jangka. Bila-bila masa saja boleh dijemput. Apa-apa pun, takziah buat keluarga abang Suresh. Kami rakan-rakan yang pernah berjuang bersama abang di Persatuan Daybreak, akan sentiasa merindui abang walau di mana jua kami berada 😢. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!