Hukum Hadir Majlis Ada Arak

Februari 18, 2024

Hukum hadir pada mana-mana majlis samada majlis rasmi diraja atau orang kenamaan atau makan malam atau seumpamanya dimana ada pada majlis tersebut dihidangkan arak adalah haram sekalipun tidak meminumnya.


Arak


Majlis yang ada dihidangkan arak adalah majlis maksiat dan berdosa orang yang hadir padanya kerana dikira bersetuju dengan perkara maksiat.


Diriwayatkan dari Umar r.a. sungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ


artinya : "Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat maka jangan ia duduk pada majlis yang dihidangkan atasnya arak." (Hadith Imam Ahmad)


Dan daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :


 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ


artinya : "Barangsiapa percaya kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia hadir pada jamuan yang diminum padanya akan arak." (Hadith Ad-Darimi)


Maka haram dan berdosalah orang Islam yang pergi hadir ke majlis atau perhimpunan yang dihidangkan di situ akan arak sekalipun tidak meminumnya dan sekalipun atas alasan terpaksa hadir kerana disuruh oleh majikan atau atas alasan bekerja.


Dan termasuk juga haram dan berdosa hadir di pusat hiburan yang ada diminum akan arak oleh orang bukan Islam tanpa sebarang keuzuran.


Wallahua'lam




SUMBER : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Comments

  1. huhuhu...baru tau.
    masa kawin boss haritu mmg ada disediakan arak utk guests dia.

    BalasPadam
  2. Kita hari tu, deme siap hidang 5 ekor hot-hot (🐷) lagi tau. Lepas tu makan dekat sebelah macam tak ada perasaan.
    Kalau tahu deme nak makan & minum benda tu, memang Syu tak pergi 😌.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!