Jom Cha By Farm Fresh Best!

Februari 11, 2024

Jom Cha

Jom Cha


Selamat berhujung minggu buat semua rakan blogger Syuderis.com. Just nak bagitahu, Jom Cha by Farm Fresh sedap 😋. Pertama kali Syu cuba, terus jatuh cinta. Ini pun rasa macam nak mengulang beli lagi ni tau🤭. Sebab sedap & murah punya pasal. Memang Syu rekemen sangat untuk korang cuba.



Soft ice cream sedap! 


Kalau korang nak tahu, dekat Jom Cha ni ada jual air & juga soft ice-cream. Untuk soft ice-cream ada dua jenis pilihan based aiskrim. Korang boleh pilih samada korang nak aiskrim yang jenis milk-based ataupun yogurt-based.


Harga kedua-duanya tetap sama, RM5.80. Cuma toppings-nya korang kena add-on. Setiap toppings harganya RM1.50. Buat masa sekarang, ada 8 pilihan toppings korang boleh pilih. Antaranya :


  • Brown sugar boba
  • Yogurt popa
  • Crystal boba
  • Mango crystal boba
  • Butterscotch sauce
  • Dark chocolate sauce
  • Strawberry sauce
  • Biscoff biscuits crumbs


Jom Cha
Air Syu beli Farm fresh milk with salted caramel (RM12. 30). Aiskrimnya pula, aiskrim yogurt letak toppings mango crystal boba & strawberry sauce (RM8.80) ðŸ˜‹. 


Antara dua jenis aiskrim tu, Syu paling suka soft ice-cream yogurt-based. Serius sedap 🤤. Lemak berkrim & tak terlalu masam. Harga pun jauh lebih murah dari aiskrim yogurt Sepanyol yang terkemuka tu. Satu cup tak sampai pun RM10 tau - Yang ini dah tentu-tentu buatan Malaysia 🤭. Jadi, support-lah sikit produk anak tempatan!

Comments

  1. kena cuba , betul betul murah ni satu cup rm5.90 .. add on topping pun rm1.50 . boleh la habuan rasa-rasa ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!