Keropok Kolong-kolong Rupanya Nama Dia! 😂

Februari 23, 2024

Syu pernah share entri pasal kuih akar kelapa hari tu. Rupa-rupanya, panggilan sebetulnya untuk adalah keropok kolong-kolong atau pun untir-untir ya 😂. To be honest, dia punya rasa & teksturnya tu memang sebijik macam kuih akar kelapa. Cuma yang ini dipanggil keropok kolong-kolong 🤭. Dengar cerita, ada campuran keladi sikit dalam keropok ni.


Keropok
Diperbuat dari bahan yang berasaskan tepung, keledek & gula. Rupa macam keria. Tapi, sedikit keras & kecil 🤤. 


Kalau dirujuk dari kamus Dewan Bahasa & Pustaka, kolong-kolong tu bermaksud lingkaran besar atau gelung-gelung. Memang padan sangatlah panggilan kolong-kolong ni dengan rupa kuih ni 😁. By the way, keropok kolong-kolong ni memang sedap. Ranggup & tak terlalu manis walaupun disira penuh dengan gula. Tapi, harga boleh tahan mahal juga. Setengah kilo RM10 😂. Baru plan nak jadikan kuih raya. Cancel-lah kalau macam ni 😆. Lagipun, payah nak jumpa!

Comments

  1. Mcm pernah mkn...
    Feel free to join my segmen ya
    https://thisni3zahata.blogspot.com/2024/02/segmen-mencari-bloglist-baru.html

    BalasPadam
  2. semua nama-nama lain kuih ni tak pernah dengar...

    kolong bawah rumah taulah

    BalasPadam
  3. dh mcm kuih telinga keling je, hehe

    BalasPadam
  4. 1st time kenal kuih ni..tak pernah jumpa atau dengar pun sebelum ni..unik nama dia...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!