Taman Paya Bakau Lumut Perak

Februari 19, 2024

Ni alkisah Sabtu minggu lepas. Selesai makan kenduri. Syu, mak & Sarah Deris beransur awal. Bukan apa, malas nak melepek di tempat kenduri tu lama-lama. Jemputan pula, makin lama makin ramai. Rasa tak selesa pula dibuatnya 😂.


Jadi, kitaorang bertiga berubah haluan ke tempat yang lebih menenangkan ke taman monyet yang famous ada di daerah Manjung ni - Sekarang nama barunya Taman Paya Bakau Bandar. Tempatnya dah tak jauh dah dari tempat keduri. Dalam 10 minit macam tu.


Taman Paya Bakau Lumut Perak
Harga tiket masuk cuma RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak & warga emas Syu tak pasti. Mungkin sama harga juga agaknya 😅


Agak lama juga Syu tak ke Taman Paya Bakau Bandar yang terletak di daerah Manjung ni sebenarnya. Since Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tutup taman ni untuk kerja-kerja menaik taraf. Memang Syu tak pernah singgah langsung dah.


Kali terakhir Syu pergi, masa Syu buat research untuk Syu punya thesis tahun 2011 - Tajuk thesis Syu masa tu ada kena mengena dengan hutan paya bakau 🤭. Punyalah lama kan Syu tak pergi? Padahal setiap kali balik kampung, Syu selalu lalu depan taman ni 😅. Entah macam mana baru terdetik nak singgah.



Cantik & lebih terurus


Taman paya bakau Lumut Perak
Tandas baru. Harap tak ada yang salah guna & bagi rosak  😌. 


To be honest, Taman Paya Bakau Bandar Manjung yang sekarang jauh lebih cantik & terurus berbanding dulu. Masa pergi sana hari tu, dah macam-macam perubahan pihak MPM dah buat. Ada kaunter tiket. Kemudahan tandas awam & juga trek baru yang lebih selamat & kukuh untuk dilalui.


Taman paya bakau
Treknya dah tukar kepada konkrit. Dulu kayu. Nak pijak pun seram 😂. 


Paling best, sepanjang trek laluan paya bakau ni bersih & dah tak bersepah dengan sampah-sarap lagi. Monyet-monyet dalam taman paya bakau ni pun dah behave sikit diorang punya perangai. Elok sopan santun semuanya. Nampak agresif. Tapi, tak disturbing sangatlah bila lalu tepi diaorang.


Taman paya bakau


Dulu, setiap kali datang ke taman paya bakau ni. Memanjang saja monyet-monyetnya nak merampas barang orang - Auto teringat incident Sarah Deris punya botol air kena rampas 😅. Ganas & agresif diorang masa tu. Sekarang diorang dah tak macam tu dah.


Mungkin pengujung semua follow rules supaya tak beri monyet-monyet ni makanan agaknya. That's why monyet-monyetnya behave sikit perangai. Sebab diaorang pun tahu, yang pergi sana cuma datang nak tengok saja & bukannya nak bagi diorang makan. 



Jambatan gantung


Taman paya bakau
Untuk jambatan gantung, dibenarkan untuk naik menyeberang 5 orang sahaja dalam satu-satu masa. 


Jambatan gantung masih dibuka untuk pengunjung lalu menyeberang. Kalau korang datang berkunjung ke sini, korang wajib naik & lalu atas jambatan ni. Barulah korang boleh tengok pemandangan cantik hutan paya bakau ni dari atas. Tapi, kena ingat. Tak boleh naik ramai atas jambatan ni tau. Maksimum 5 orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa 🖐🏻 . Kalau lebih muatan nanti takut lain pula yang jadi.


Taman paya bakau
Pemandangan dari atas menara jambatan gantung. 


Taman paya bakau
Tenang & penuh dengan kehijauan 😌. 


Comments

  1. wah..dah ada kaunter tiket...haruslah MPM jaga macam nie...bila2 kena pergi jugak nie..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!