Hari ni hari terakhir FAMA Fest Perak 2024. Tak pergi memang rugi. Pada orang-orang Perak yang nak borong produk-produk IKS (Industri Kecil Sederhana) & produk pertanian boleh terjah ke RTC Gopeng. Nak pergi makan-makan saja pun boleh 😁.
Macam-macam ada jual dekat sana. Ada orang berjual buah, anak benih pokok, makanan, barang-barang dapur & macam-macam lagi. Harga pun jauh lebih murah berbanding harga yang kita beli dekat luar.
Rambang mata tengok pokok-pokok yang deme jual 😍. |
Borong buah rock melon
Siang beli sebji. Tak cukup! |
Semalam, Syu sampai dua kali repeat pergi ke FAMA Fest Perak ni tau. Siang dah datang. Lepas tu sebelah malamnya Syu datang lagi semata-mata nak borong buah rock melon abang ni 😅. Memang murah betul abang ni jual. Sebiji RM10. Buahnya memang manis. Isi pun ranum. Tak menyesal borong berbiji-biji.
Malam singgah beli lagi! Grab terus 5 biji. |
Selalu kalau beli dekat pasaraya, memang tak dapat harga macam ni tau. Silap-silap berdouble harganya. Memandangkan Syu suka makan buah rock melon. Jadi, kita grab lagi 5 biji. 2 biji untuk buat makan-makan dekat kampung & 3 biji lagi untuk kita buat makan sendiri dekat rumah. Bukan selalu dapat beli dengan harga murah macam ni kan - Ni memang beli untuk makan sampai jemu ni 😆.
Beras murah!
Lambat datang, alamat kena beratur panjanglah jawabnya. |
Selain borong rock melon, sempat jugalah Syu beli sepapan telur (RM13.40) & sekampit beras 10kg - Beras 10kg RM26 jer kome! Dekat cousin husband Syu lagi murah. RM25 dapat sekali goody bag produk Agromas 😂. Jadilah, buat makan berdua kami laki bini. Tapi, yang ni kena datang beli awal pagi. Kalau lambat memang habis. Almaklumlah, beras kan dah mahal sekarang ni. Bila dapat harga murah, memang ramailah yang berpusu-pusu pergi beli.
Makanan meriah!
Makanan dekat FAMA Fest Perak ni jangan cakaplah. Memang meriah Syu tengok. Pilihan makanan pun banyak. Dari menu yang berat-berat sampailah ke menu yang ringan-ringan. Pilih saja. Kalau tak bawa cash tak apa. Sebab rata-rata food vendors yang berniaga dekat FAMA Fest ni ada sertakan kod QR untuk korang buat payment.
Hujung minggu, memang bertambah ramai & meriahlah jawabnya. |
Macam-macam barang pemakan Syu beli semalam. Rambang mata betul tengok tau. Syu beli donut susu, pau, cempedak goreng, cromboloni, piza, . Eh, macam-macam lah! Second round pergi, alhamdulillah kurang sikit berbeli sebab Syu just aimed nak borong rock melon saja 😆. Nak tahu apa lagi ada dekat FAMA Fest Perak? Korang datanglah sini hari ni.
fuhh,,meriah dengan orang ramai ..rockmelon tu berbaloi beli . murah la kalau sebiji rm10 ..
BalasPadamMurahkan? Itu yang borong lebih tu 🤭
Padam