Happy Birthday Sarah Deris

Mac 06, 2024

Hari ni genap 22 tahun umur si Sarah Deris. Rasa macam baru semalam kita dok timang-timang dia. Bancuh susu dia. Tolong basuhkan berak dia. Bila tengok dia dah besar panjang, rasa sebak pun ada. Yang kita ni pula makin lama makin menua tengok dia membesar seperti jaguh 😁.



Kalau korang nak tahu, adik beradik Syu semua ada 6 orang. Si Sarah Deris ni anak perempuan bongsu. Syu yang sulung. Tengah-tengah berderet anak jantan. Masa mak mengandungkan dia, Syu memang dah give up dah tunggu adik perempuan. Mana taknya. Setiap kali keluar semua adik lelaki. Padahal kita nak adik perempuan.


Baby girl
Selamat hari lahir tau busuk! Ketahuilah, akakmu sentiasa di belakangmu. Walaupun akakmu tengah duduk santai-santai 🤭. 


Akhirya, lepas 14 tahun penantian! Baru dapat seketul budak busuk ni. Punyalah lama menunggu. Dapatlah buat teman main masak-masak 🥹. Apa-apa pun, selamat hari lahir buat adik bongsu kesayangan juga kawan gaduh mulut & geng bertepuk bertampar time waktu-waktu senggang. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki & sukses dalam apa jua perkara. Amin 🤲🏻.

Comments

  1. happy bday untuk adik Syu, Sarah...semoga yg baik2 aje untuk Sarah...
    teringat anak dara Linda, dia pun dok request adik perempaun...eh,igt boleh set ke..hahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!