Marry My Husband

Mac 15, 2024

Marry My Husband

 

Genre : 


Dendam, Merentas masa, Romantik komedi, Fantasi, Drama bersiri, Adaptasi novel


Pelakon : 

Park Min Young [Kang Ji Won], Na In Woo [Yo Ji Hyuk], Song Ha Yoon [Jung Soo Min],  Lee Yi Kyung [Park Min Hwan], Lee Gi Kwang [Bael Eun Ho], Gong Min Jung [Yang Joo Ran]



Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

 

Yeah! Settle buat movie marathon drama Korea bersiri 16 episodes Marry My Husband 😁. Serius best jalan cerita drama ni. Rasa macam geram & menyirap jer darah bila tengok perangai husband [Park Min Hwan] si Kang Ji Won dengan kawan dia [Jung Soo Min].


Dari awal sampai ke hujung jalan cerita. Ada saja agenda diaorang berdua nak jatuhkan Kang Ji Won. Sudahlah curang & khianat.  Nasib baik ada Yo Ji Hyuk. Hero penyelamat Kang Ji Won.


Kalau korang nak tahu, si Kang Ji Won & Yo Ji Hyuk ni sebenarnya datang dari masa depan. Diorang berdua ni kalau ikutkan dah mati dah. Si Kang Ji Won mati sebab kena bunuh dengan husband dia yang curang  dengan kawan baik dia.


Yang si Yo Ji Hyuk pula mati sebab kemalangan jalan raya dek kerana frustrated dengan kematian Kang Ji Won. Kemudian entah macam mana diorang berdua ni, dihidupkan kembali ke masa lalu untuk ubah kembali takdir diorang yang malang tu.

 

Pada awalnya, Kang Ji Won macam terkejut juga bila dia dibangkitkan semula ke masa lalu. Tapi, lepas dah lama-lama baru dia dapat adapt & terima. Dengan bantuan Yo Ji Hyuk, dia totally reset diri dia & cuba jadi seorang wanita yang indipendent & tegas dalam buat keputusan.


Dia bukan wanita lembik yang senang dibuli macam dulu lagi. Tambah-tambah dengan husband & kawan baik dia yang tak guna tu. Start daripada tu, Kang Ji Won nekad nak ubah nasib dia & buang semua malang dia pernah hadap di masa depan dekat kawan karib dia, Jung Soo Min.


Yo Ji Hyuk pun sama, selagi boleh dia pun berusaha sedaya upaya menawan kembali Kang Ji Won yang dia lepaskan pada Park Min Hwan tak guna tu. Walaupun dia masih trauma dengan takdir dia. Nak tahu ending macam mana? Korang kena tengok sendiri drama ni. Dekat LokLok ada! Boleh tengok dekat sana 😁.


Comments

  1. watak BFF dia tu mnjadi...geram je tgok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Geram jer rasa. Muka innocent tapi perangai menyakitkan hati 😩

      Padam
  2. Banyak yang cakap best citer korea ni

    BalasPadam
  3. memang menyirap dengan perangai suami dan kawan baik dia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama! Rasa macam nak picit-picit jer dua ketul tu 😂.

      Padam
  4. Belum tgk lagi cerita ni.. bersusun list drama korea nak tgk ni hahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!