Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Mac 28, 2024

Bangkit cheese boleh dikatakan kuih raya yang viral juga sejak beberapa tahun ni. Dulu, kita ada bangkit original dengan bangkit pandan. Sekarang dah diolah sikit rasanya supaya kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan cheese dalam masakan.



Tak tahu siapa yang start dulu buat kuih bangkit cheese ni. Yang pasti Syu suka sebab sedap & ada rasa lemak-lemak. So, untuk raya tahun ni. Syu cuba buat sikit biskut bangkit cheese ni tapi dengan cara Syu sendiri.

 

Bangkit cheese
SUMBER FOTO : Sirap Limau


Bahan asas biskutnya sama. Cuma ada beberapa bahan tambahan Syu letak dalam adunan biskut bangkit cheese ni supaya biskutnya double triple sedap. Lebih lemak & ketagih nak makan lagi & lagi. Jom Syu share resepinya macam mana.



BAHAN-BAHAN

 

250g - Pure salted butter (Nak pakai butter biasa pun boleh)

1 Cawan (200g) - Gula aising

1/3 Tin - Susu pekat (Untuk rasa lemak)

250g - Cream cheese

3 Cawan (750g) - Tepung ubi kayu (Disangai)

2 Cawan (500g) - Tepung jagung (Disangai)

1 Cawan (250g) - Tepung gandum (Disangai) 

1 ½ Sdk. - Baking powder

1 ½ Sdk. - Esen vanilla (Masukkan sekali dalam kuning telur)

2 Biji - Kuning telur

 50g - Cheddar cheese parut

Sedikit garam untuk rasa lemak



  1. Pukul butter, cream cheese dengan gula aising hingga sedikit kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila & susu pekat. Pukul lagi sampai sekata.
  3. Masukkan bahan-bahan kering & juga cheddar cheese yang dah diparut.
  4. Gaul sebati sehingga doh tak melekat pada tangan.
  5. Rehatkan doh sekejap di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian bolehlah dicanai & ditekap guna acuan  bangkit cheese. 
  6. Untuk suhu oven. Bakar pada suhu 160-170℃ selama 30 minit (Bergantung pada jenis oven) atau sehingga biskutnya masak.
  7. Bila dah masak boleh keluarkan & simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Comments

  1. Dah start buat kuih raya ker ? Nampak cantik betul kejadian bangkit cheese tu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!