Salam Hujung Minggu Dari Padang Polo Ipoh

Mac 10, 2024

Padang Polo Ipoh

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu korang semua! Buat apa jer time cuti-cuti ni. Minggu depan dah start puasa dah. Lepas tu, pakej pula dengan anak-anak masuk sekolah 😅.Semoga dipermudahkan urusan semua parents dekat luar sana ya! - Auto teringat dekat anak-anak buah sendiri. Macam manalah deme minggu depan 😂.


Syu pagi ni, sempatlah luangkan masa sikit di Padang Polo Ipoh. Saja buat briskwalk dengan si Sarah Deris. Actually, dah lama juga Syu tak datang ke sini. Dengar cerita, semua penjaja-penjaja yang berniaga sepanjang tepi jalan Padang Polo ni dah diarahkan berpindah ke tempat lain. Tak pasti diaorang meniaga dekat mana lepas ni - Tak dapatlah nak makan laksa Padang Polo dah nanti 😞.


Padang Polo Ipoh
View dari bawah memang cantik. Penuh kehijauan 😌. 


Padang Polo Ipoh
Ada juga peniaga datang berniaga dekat sini pagi-pagi. 


To be honest, Padang Polo ni memang meriah & tak pernah lengang dengan pengunjung. Dari pagi sampai ke malam. Memanjang ada orang. Ada yang datang untuk bersenam. Ada yang berpiknik anak beranak bawah pokok. Ada yang lepak-lepak ambil angin. Yang berniaga cari rezeki pun ada. Tempat santai-santailah katakan. Siapa pernah datang sini, angkat tangan! Apa-apa pun, enjoy your weekend!


Padang Polo Ipoh
Pagi-pagi jalan memang best. Sejuk & redup jer rasa 😌. 


Padang Polo Ipoh
Done 3KM. Itu jer yang mampu. Lutut dah sakit 😂. 


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!