Sepetang Di Disneyland Ayer Tawar

Mac 23, 2024

Disneyland
Nampak sama. Tapi bukan dia 🤭. 


Minggu lepas Syu balik ke Ayer Tawar. Cadang nak repair keretalah kononnya sebelum balik ke Ipoh. Entah macam mana, bengkel tu pula tutup. Nak shoot balik terus ke Ipoh macam awal lagi. So, Syu pun merayaulah ke Disneyland Ayer Tawar. Lama juga Syu tak singgah ke sini sebenarnya.

 

 

Port lepak dengan Sarah


Kalau korang nak tahu, Disneyland Ayer Tawar ni dirasmikan pada tahun 1996 oleh Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yek (8 April 1939 - 22 Disember 2012). Masa tu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Utama Malaysia & juga selaku Ahli Parlimen Beruas. Time tu Syu satu family belum pindah ke Ayer Tawar lagi. Kitaorang semua masih lagi menetap di Selangor. Tahun 2000 baru Syu satu family pindah ke Ayer Tawar.


Disneyland
Penuh warna-warni ya. Siap ada patung Donald Duck besar lagi.


Masa sekolah dulu-dulu, Syu rajin juga bawa adik-adik Syu ronda petang-petang naik motor dekat sini - Tempatnya dah tak jauh dah pun dari rumahSince dah tak ada tempat lain nak dituju. Maka, Disneyland Ayer Tawar ni sajalah tarikan yang ada untuk adik Syu bermain - Taman permainan lain ada. Tapi, macam tak berapa selamat sebab ada banyak anjing.

 

Disneyland Ayer Tawar sekarang ni jauh lebih meriah & nampak lebih teruruslah berbanding dahulu. Ada diletakkan decorations supaya nampak lebih ceria. Monumen Disneyland pun dah dicat baru dengan warna yang lebih menyerlah. Siap ada disediakan kelengkapan untuk bersenam lagi. Kira nampaklah ada perubahan. Orang pun ramai juga datang ke sini beriadah petang-petang.


Disneyland
Tempatnya tak besar mana pun. Tapi, bolehlah kalau nak datang singgah beriadah petang-petang sambil ambil-ambil gambar.



Ada haruman yang tak best!

 

Disneyland
Tak sanggup nak pergi dekat. Hancing sangat! Kita mampu bergambar dari jauh saja 😂.


Actually, tempatnya memang dah cantik dah. Cuma yang tak best tu bila masuk dalam kawasan monumen Disneyland ni. Dia punya bau tu bukan main hancing - Dari luar pun dah boleh hidu dah baunya. Kalau masuk tengok dekat dalam, boleh nampak melakung air kencing. Syu tak fahamlah dengan orang yang jenis suka kencing merata macam 🐕 ni. Tak ada manners langsung.



Lepas ni tolonglah ya. Jangan buat perangai macam ni. Huduh tau orang tengok! Dari dulu sampai ke hari ni. Hancing sesaja dalam monumen Disneyland ni. Kita datang sini nak santai-santai hirup udara segar. Boleh pula spray merata-rata. Kalau wangi macam bau perfume tak apa juga. Ni tak. Hancing pering baunya!

Comments

  1. OM tak pernah sampai lagi kat sini, tengok mcam port lepak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Port lepak santai-santai petang-petang jer OM 😁. Tak ada apa yang special sangat 😅.

      Padam
  2. Aduhaiii... Yg kencing kat situ kenapa merosakkan image jer.. dh dibuat cantik2 kenalah hargai.. tak ada bayaran eh nak masuk ke sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Tak ada sivik langsung.
      Masuk sini tak kena bayar apa-apa 😁.

      Padam
  3. Sini pun ada disneyland! Takyah gi jauh2

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!