Setel Menyimpul Kasih 😁!

April 02, 2024

Alhamdulillah, setel kerja-kerja menyimpul popiah simpul kasih Syu! Berjam-jam juga menghadapnya semalam 😅. Dapatlah dua jenis popiah simpul kasih. Satu inti serunding ikan & satu lagi serunding ayam - Serunding ayam tu Syu guna chicken floss yang pedas tu saja.


Popiah simpul kasih
Yang inti merah-merah ni Syu guna chicken floss pedas 😋. 

 

Sekarang ni tinggal nak bagi popiah simpul kasihnya betul-betul kering. Lepas tu goreng. Segaja tak goreng awal-awal sebenarnya. Almaklumlah, dekat rumah ni ada peminat popiah simpul kasih. Nanti belum sempat raya, popiah simpulnya dah licin kena ngap 😂!


Jadi, kita goreng lambat-lambat sikit. Memandangkan simpul kasih dah siap. Lepas ni bolehlah Syu fokus untuk buat biskut raya pula. Korang pula macam mana. Dah start buat kuih raya ke belum 😁?

 

Popiah simpul kasih
6 paket kulit popiah Syu guna semalam 😂. 


Comments

  1. Dah start buat popia cheese dan kuih gunting je. Popia simpul nanti order dengan kak ipar je dia jual. Cie tak pandai menyimpul. Hihihi

    BalasPadam
  2. Tahun lepas CCL kemain semangat nak buat simpul ni sendiri ..alih-alih bila simpul kulit popia tu asyik pecah-pecah jadi geram pulak ..last-last tak menjadi laa simpul popia . Tukar ke menu popia nestum .hehe

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!