Abah Tak Sihat - Part 1

Jun 28, 2024

Hari Raya Haji dah habis! Tak sempat nak cerita apa yang jadi hari tu - Blog pun dah nak dekat dua bulan tak ber-update. Syu tetap beraya juga macam biasa. Tapi, sambut dalam suasana yang sedikit berbeza. Apa yang Syu boleh cakap, Hari Raya Haji Syu kali ni memang penuh dengan perkara yang Syu sendiri tak pernah jangka. Penuh pengorbanan. Plus linangan air mata juga sebenarnya 😔.



Kalau ikutkan, pelan asal kitorang nak beraya di kampung Gelong Gajah, Beruas. Tapi, perancangan Allah lagi hebat. Semuanya start tiga hari sebelum nak raya. Asbab terlebih makan siput sedut. 14/6/2024 (Jumaat) - Allah takdirkan abah Syu tak sihat & terpaksa di-warded-kan di Hospital Manjung semalaman.

 

Lepas buat check-up semua. Doktor cakap dekat hati abah ada ketumbuhan. Doktor pun tak pasti ketumbuhan apa. Tapi, berita buruknya ketumbuhan tu dah pecah & ada sedikit pendarahan. Disebabkan tak ada pakar hati yang betul-betul pakar di Perak. Doktor sarankan abah dihantar secepat yang mungkin ke Hospital Selayang.


Hospital Selayang Selangor
Kalau ikutkan nurse tak bagi mak ikut naik ambulans sekali. Lepas adik bodek banyak kali, baru nurse tu bagi.Tapi,kena isi borang.


15/6/2024 (Sabtu), 10.00 malam - Mak & abah gerak dulu ke Hospital Selayang. Syu dengan adik-adik menyusul kemudian. Kalau ikutkan boleh jer nak follow belakang ambulans tu sebenarnya. Cuma takut tak terkejar. Almaklumlah, driver ambulans kan bawa laju. Satu lagi sebab fikirkan keselamatan. Dah lewat malam kan. Lagi better gerak asing-asing.



Pasal abah Syu tak risau sangat sebab dekat Hospital Selayang sana ada ramai doktor pakar & nurse yang boleh jaga abah. Cuma kesian dekat mak jelah. Entah mana dilepeknya kawan tu. Bukannya mak boleh masuk  dalam wad pun temankan abah 😕. Kalau kitaorang semua tak ke sana. Dekat manalah mak duduk agaknya. That's why selagi boleh, malam tu juga kitorang nak gerak ke Hospital Selayang nun - Nanti sambung cerita lagi.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!