Puasa HARI PUTIH

Julai 18, 2024

Puasa hari putih atau puasa “Ayyamul Bidh” bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang laitu pada setiap hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam. Hal ini kerana pada waktu itu cahaya bulan sangat terang-benderang.


Puasa hari putih
Puasa pada hari-hari putih umpama berpuasa sepanjang tahun.


Nama “Ayyamul Bidh” ini diberi bersempena dari kisah Nabi Adam ketika diturunkan ke bumi. Pada ketika itu, tubuh baginda terbakar oleh matahari sehingga menjadi hitam. Lalu Allah memerintah baginda Nabi Adam supaya berpuasa selama tiga hari.


Setiap hari baginda berpuasa, dengan izin Allah sepertiga tubuh baginda kembali menjadi putih. Dari peristiwa inilah terbitnya nama “Ayyamul Bidh” yang berarti “hari-hari putih”.


Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:


Ùƒَانَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙ†َا Ø£َÙ†ْ Ù†َصُومَ الْبِيضَ : Ø«َÙ„َاثَ عَØ´ْرَØ©َ، ÙˆَØ£َرْبَعَ عَØ´ْرَØ©َ، ÙˆَØ®َÙ…ْسَ عَØ´ْرَØ©َ، ÙˆَÙ‚َالَ: Ù‡ُÙ†َّ ÙƒَÙ‡َÙŠْئَØ©ِ الدَّÙ‡ْرِ


Maksudnya: "Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun." 


-Riwayat Abu Daud (2449)-



Niat Puasa Hari Putih


Ù†َÙˆَÙŠْتُ صَÙˆْÙ…َ Ø£َÙŠَّامَ الْبِÙŠْضِ سُÙ†َّØ©ٌ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰


Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala

Comments

  1. Semoga kita dpt amalkam sentiasa puasa hari putih ini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian & peringatab tentang puasa hari putih .

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!