Sedap Ke Moccona Coffee?

Julai 28, 2024

Salam hujung minggu korang. Hari ni nak review sikit pasal kopi. Sejak boikot instant coffee brand NESCAFE, Syu slowly beralih ke brand lain. Last time Syu guna instant coffee brand Indocafe. Sedap juga instant coffee brand ni. Murah pun murah 😅. Cuma ada masa & ketika, Syu jadi pedih ulu hati kalau terlebih consume. Tambah-tambah kalau ambil masa perut kosong. Tapi, memamg tak dinafikan instant coffee-nya memang sedap.

 

Kali ni, Syu cuba pula instant coffee dari brand Moccona. Harga sebotol boleh tahan mahal juga. Almaklumlah, produk import. Actually, dah lama dah Syu perhati instant coffee brand Moccona ni di Speedmart 99. Tapi tak terbeli-beli sampai kesudah. Ada yang kata brand Moccona ni sedap. That's why Syu  buat keputusan untuk beli juga. Bukan apa, saja nak tahu rasanya sedap ke tidak macam yang diwar-warkan tu 🤭. 


Moccona Coffee
Yang Syu beli ni botol saiz sederhana. Beratnya 100g. Anggaran sukatan bancuhan 2g=200ml air.


Actually, ada 6 jenis instant coffee brand Moccona yang terdapat di pasaran. Antaranya Classic Decaffeinated, Classic Dark Roasted, Classic Medium Roasted, Espresso, Indulgence & Hazelnut. Setiap jenis instant coffee Moccona ni berbeza-beza dia punya tahap intensiti (kepekatan, aroma & rasa). Jenis yang macam mana korang nak, itu bergantung pada tekak masing-masing. Macam Syu, Syu suka kopi yang pekat & pahit sikit. So, buat masa ni Syu pilih Moccona Indulgence 😋.


Pada Syu, rasa kopi Moccona ni sedap & pekat - Dekat hujung-hujungnya tu ada rasa masam-masam sikit. Baunya pun boleh tahan strong juga. Kalau ikut selera tekak Syu, Moccona ni sedap kalau dibancuh dengan krimer. Tapi, nak kena bancuh pekat sikitlah kopinya. Kalau minum kosong tu macam kurang kick pula rasa dia. Ada yang pernah cuba instant coffee brand Moccona ni tak? Kalau korang, korang prefer minum kosong atau minum dengan krimer. Cuba share sikit.

Comments

  1. Selalu jugak beli brand Moconna, suami akak yang suka minum. Biasanya minum kosong je, tak letak apa-apa. Kadang-kadang ada jugak campur fresh milk bagi rasa lemak atau sesekali nak manis akan campur susu pekat manis sikit.

    BalasPadam
  2. Belum pernah cuba produk ni
    Bolehlah cari nanti

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!