4 Kali Submit Baru Lepas!

Ogos 05, 2024

Alhamdulillah. Malam tadi, selesai urusan tandatangan letter of offer dengan Hong Leong Bank - Letter of offer ni surat tawaran pinjaman dari bank. Surat ni kita akan tandatangan selepas loan lulus & sebelum tandatangan perjanjian jual beli (S&P). Nak tunggu Rumah Perakku memang bercintalah jawabnya.


Takkan selamanya nak jadi calon simpanan kan? Memang lambatlah. Kena pula sekarang ni harga rumah makin lama makin naik. So, nak tak nak terpaksalah usaha sendiri cari rumah subsale yang murah-murah. Jadilah, buat tempat berteduh sebelum nak "tutup mata" 😅.

 

Pinjaman loan perumahan
Kusyuk dengar explanation. Sampai tak sedar ada orang snap gambar 😂.

 

Apa-apa pun, terima kasih banyak Syu ucapkan pada Encik Umarul & Puan Amalina sebab sudi tolong setelkan urusan pinjaman perumahan Syu dengan Hong Leong Bank. Banyak kali juga loan Syu kena rejected dengan bank sebenarnya. Tak sangka. Cubaan kali ke-4 baru berhasil 😁. Bukan senang bank nak bagi lepas. Tambah-tambah bila apply full loan.



Sekarang ni tinggal nak setelkan S&P agreement dengan lawyer pula. Kalau tak ada aral melintang. Insyaallah, dalam bulan Oktober Syu mungkin akan pindah masuk ke rumah baru. Harap semuanya berjalan lancar. Nanti ada masa, Syu spill gambar rumah yang Syu beli & cerita sikit pengalaman Syu beli rumah direct dari owner.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!