Daftar Abah Masuk Wad Hospital Selayang

Ogos 22, 2024

Family
Snap gambar sebelum gerak ke Hospital Selayang.


Siang tadi pergi ke Hospital Selayang untuk setelkan hal abah masuk wad. Pasalnya esok abah nak kena buat kemoterapi. Kalau ikutkan abah sepatutnya dijadualkan masuk wad pukul 8 pagi. Disebabkan tak ada katil kosong. Terpaksalah abah tunggu sekejap di ruangan menunggu - Dalam pukul 2.30 petang baru abah dapat katil. Sampai terlelaplah abah dibuatnya ðŸ¥¹.


Breakfast
Setel pendaftaran kitaorang semua isi tangki dulu dekat kafe.


Sementara nak tunggu abah dapat katil. Sambil-sambil tu Syu setelkan pendaftaran tempat tinggal mak di Anjung Kasih. At least dapatlah mak berehat juga masa jaga abah di hospital nanti. Lagipun Syu sendiri pun tak pasti bila abah boleh discharge. Pasalnya doktor & nurse pun tak ada cakap apa-apa. 


Apa-apa pun, Syu berdoa sangat agar semuanya berjalan lancar esok. Harap abah kuat sepanjang proses kemoterapi tu nanti. Abah kena kuat tau abah! Anak cucu abah semua tunggu abah balik kat kampung nun 🫂💕. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!