Selamat Hari Lahir Abah!

Ogos 03, 2024

Semalam hari lahir abah. Hari lahir yang ke-59 tahun. Tahun depan, genap 60 tahun dah usia abah. Alhamdulillah, abah dah makin sihat. Dah boleh jalan sikit-sikit tengok kebun dekat depan rumah nun.


Cuma kederat abah dah tak macam sebelum-sebelum ni. Dulu boleh lagi nak pikul pam racun & mesin rumput. Sekarang tak dapat dah. Almaklumlah, faktor umur & kesihatan. So, abah berehat jelah ya abah. Biar anak-anak abah pula yang take turn uruskan kebun.


Masa ni abah tengah sihat & baru nak start tanam pokok-pokok keliling rumah kampung.


Apa-apa pun, selamat hari lahir diucapkan buat abah. Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki dunia & akhirat. Akak sayang abah! Tak nak sakit-sakit dah tau! Sedih akak kalau tengok abah tak sihat 🥹.

Comments

  1. Selamat hari lahir pakcik .
    Semoga panjang umur murah rezeki selalu .. Semoga Allah kurniakan pakcik kesihatan yg berpanjangan . Dipermudahkan segala urusan duni akhirat ..

    Aamiin .

    BalasPadam
  2. Sanah helwah pakcik semoga diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Aamiin! ;)

    BalasPadam
  3. Alhamduillah, Semoga pakcik di beri kesihatan yang baik. Di lindungi oleh Allah selalu

    BalasPadam
  4. Amin. Terima kasih semua. Terima kasih atas ucapan & doa untuk abah Syu 🫂💕.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!