September 29, 2024
Kupi-kupi di Kupi Kahfi
September 25, 2024
First Time Makan Bubur Nangka
Seumur hidup, baru ni pertama kali Syu cuba makan bubur nangka. Pasalnya buah nangka yang masak Syu suka buat makan mentah je 😅. Tak berapa minat kalau buat bubur-bubur ni. Tapi, memandangkan si Sarah Deris dah buat. Kita cubalah rasa juga.
Dalam bubur nangka ni Sarah ada letak biji sagu dengan jagung sikit buat ghaso-ghaso ðŸ¤. |
Alhamdulillah. Sedap ya. Cuma Syu lagi prefer makan mentah juga 😅. Kalau buat bubur, isi nangka tu jadi lembik. Tak crunchy macam makan mentah. Lepas tu rasa isi nangka tu pula macam kena overshadowed dengan rasa kuah santan. Itu yang Syu tak berapa berkenan tu. Harap-harap encik suami boleh tolong habiskan 😂.
September 22, 2024
Bertambah Lagi Umur Kita 😅
Alhamdulillah, masih lagi diberikan keizinan untuk bernafas. Hari ni, tambah satu tahun lagi umur Syu. Tinggal 4 tahun lagi nak cecah 40th series. Uban dekat atas kepala pun dah banyak dah 😂.
. |
A piece of cake with infinite counts of love 😋. |
Apa-apa pun thanks to Sarah! Kek favourite ni. Jadilah buat ghaso-ghaso. Makan lebih-lebih pun tak boleh. Pasalnya dari semalam asyik makan manis-manis. Bila umur makin meningkat ni faham-faham sajalah. 24 jam penyakit dok usha-usha kita 😂.
September 10, 2024
Bertahanlah Syu! Bertahanlah Sampai Tahun Depan 😂
Hari ni cukup seminggu Syu handle kerja-kerja related dengan overtime (OT) & gaji pekerja. Serius pening kome! Sampai sakit-sakit badan. Macam manalah mak buyung sorang tu boleh hadap benda ni hari-hari 😱. Kita yang baru seminggu hadap ni pun dah stress. Dengan kena belajar sendirinya lagi 🥹.
Kiri kanan kena jalan. Kalau tak memang lambatlah kerja dibuatnya 😂. |
Paling tak syok tu bila software-nya macam musibat. Sekejap-sekejap nak hang. Lepas tu tiba-tiba not responding. Pantang buka benda lain. Sumpah sampah & lembab software-nya 😣! Entah siapalah yang rekemenkan benda alah ni dekat bos dulu.
Sangat-sangatlah tak praktikal & tak efficient untuk digunakan buat kira OT & gaji yang company-nya ada ramai pekerja. Bukan setakat memeningkan orang. Menyusahkan orang pun ya juga 😮💨!
Nampak tak muka stress tu? Sampai nak menguap pun tak ada masa tau 🥲. |
Kalau ikutkan, bendanya senang je. Kira OT, check & tukar schedule bila perlu. Cukup bulan, kira gaji diorang. Cuma masa nak menghadapnya tu yang tak cukup sebab dah terlampau banyak workload.
Sudahlah nak kena kira & check satu-satu. Lepas tu ada kerja-kerja ad-hock lagi. Itu belum campur lagi kerja yang Syu sedia-sedia dok handle. Tapi itulah. Apa boleh buat? Nak tak nak terpaksa jugalah Syu take over kerja ni sampai tahun depan.
Bila dah tambah kerja ni, dengan harapan ada lah hendaknya "gula-gula" dari company. Almaklumlah, kita dah cover kerja orang kan. Takkan lah tak ada pertambahan gaji walau secoet 😌? Kita dah berbudi. Pandai-pandailah berbahasa. Yedak? Okay done berceloteh ðŸ¤!
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Apa Yang Menarik Tentang Perayaan Kuih Bulan?
- 10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing