Bertahanlah Syu! Bertahanlah Sampai Tahun Depan 😂

September 10, 2024

Hari ni cukup seminggu Syu handle kerja-kerja related dengan overtime (OT) & gaji pekerja. Serius pening kome! Sampai sakit-sakit badan. Macam manalah mak buyung sorang tu boleh hadap benda ni hari-hari 😱. Kita yang baru seminggu hadap ni pun dah stress. Dengan kena belajar sendirinya lagi 🥹.


Officemates
Kiri kanan kena jalan. Kalau tak memang lambatlah kerja dibuatnya 😂.


Paling tak syok tu bila software-nya macam musibat. Sekejap-sekejap nak hang. Lepas tu tiba-tiba not responding. Pantang buka benda lain. Sumpah sampah & lembab software-nya 😣! Entah siapalah yang rekemenkan benda alah ni dekat bos dulu.



Sangat-sangatlah tak praktikal & tak efficient untuk digunakan buat kira OT & gaji yang company-nya ada ramai pekerja. Bukan setakat memeningkan orang. Menyusahkan orang pun ya juga 😮‍💨!


Payroll & overtime
Nampak tak muka stress tu? Sampai nak menguap pun tak ada masa tau  🥲. 


Kalau ikutkan, bendanya senang je. Kira OT, check & tukar schedule bila perlu. Cukup bulan, kira gaji diorang. Cuma masa nak menghadapnya tu yang tak cukup sebab dah terlampau banyak workload.


Sudahlah nak kena kira & check satu-satu. Lepas tu ada kerja-kerja ad-hock lagi. Itu belum campur lagi kerja yang Syu sedia-sedia dok handle. Tapi itulah. Apa boleh buat? Nak tak nak terpaksa jugalah Syu take over kerja ni sampai tahun depan.



Bila dah tambah kerja ni, dengan harapan ada lah hendaknya "gula-gula" dari company. Almaklumlah, kita dah cover kerja orang kan. Takkan lah tak ada pertambahan gaji walau secoet 😌? Kita dah berbudi. Pandai-pandailah berbahasa. Yedak? Okay done berceloteh 🤭! 

Comments

  1. Pernah dulu buat gaji masa kerja HR Sushi Kin. Memang penat mengira. Masa tu manual jela. Ni kalau guna software yang bermasalah jadi lambat kerja kita. Salah masuk je error. Bertabah la ye.

    BalasPadam
  2. Hmmmm kalau ikutkan firm ammi keje dulu, kita ni bagai nak rak relief keje org masa dorang maternity, nama nak bagi extra allowance ke, incentive ke harammmm. Buat naik darah tinggi je sbb keje sedia ada kita pun tak surut2

    BalasPadam
  3. Paling spoil mood kalau komputer atau software tiba-tiba hang ...

    BalasPadam
  4. Semoga Allah mempermudah segala urusan kak. :)

    BalasPadam
  5. Saya tandatangan mengesahkan saja borang OT yang dihantar oleh Staff saya.. Hihi.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!