Disember 06, 2024

Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!

Think

Salam Jumaat semua rakan-rakan Blogger Syu. Berbulan menyepi!! Dah makin bersawang dah blog kita. Page views pun dah tak tentu hala dah. Sekejap naik. Sekejap turun. Income Google Adsense tak payah cakaplah. Malas nak cerita. Memanjang jer drop. Dari belas-belas ringgit sehari jadi sen-sen jer 😅.



Sejak terjebak jadi affiliate dekat TikTok, Syu sibuk ber-content dekat sana. Sampai terabai content dekat sini. Sorry Syuderis.com. Hari ni Syu sengaja STOP buka & buat content TikTok. Saja nak reset diri. Cek semula aturan hidup Syu dalam ber-content. Lately, nampak macam huru-hara & tak tersusun - Syu perasan lepas Syu terjebak join jadi affiliates TikTok.


Berehat
Rehat jap! Otak kita penat.


Rasa macam banyak benda yang Syu terlepas pandang & abaikan. Life Syu. Ibadah Syu. Blog Syu. Kerja Syu. Walaupun semua nampak berjalan lancar. Tapi, dia punya flow tu macam tak tersusun & cantik. Macam ada something wrong some where? Sometimes, Syu rasa macam diri ni tamak pun ada. Semua benda nak buat dalam satu-satu masa. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu.


So, di hari Jumaat. Di hari mulia yang ni. Syu decide untuk tone down Syu punya KETAMAKKAN tu. Supaya Syu boleh renung-renungkan sekejap. Muhasabah diri & reset balik kehuruharaan yang Syu hadap sekarang. Harap Syu boleh susun semula supaya lebih sistematik plus tak memudaratkan diri.



By the way, pejam celik dah masuk hujung tahun 2025 dah kita ya? Rasa macam baru semalam masuk new year 2024. Itupun banyak benda belum achieve lagi. Di archive-kan lagi untuk tahun depan ada lah! Sekian celoteh entah apa-apa hari ni.