Mac 22, 2025

Masak Ikan Bakar Style Ikan Bakar Kuala Perlis!

Bila balik Perak, teringat-ingat sungguh Syu dengan rasa perapan manis-manis berlemak ikan bakar Kuala Perlis. Dia punya perapan tu sedap sungguh! Perapan yang simple & tak terlalu heavy dengan rempah 🤤. Kena pula diperap dengan ikan yang fresh & juicy-Selalu Syu akan ambil ikan jenahak & gerut-gerut.


Nak ke Kuala Perlis sana makan ikan bakar jauh sangat. Jadi, kita cari ikan & perap sendiri ikut style perapan ikan bakar Negeri Perlis. Bahan-bahan perapan tak susah mana pun. Semua dah sedia ada dekat rumah. Perap sekejap dalam 10 minit. Set up api, then bakar! Ughhhh...tak sabar nak makan! Cepatlah maghrib 🥹.

 

Warnanya menggoda betul! Terliur tengok 🤤.

Mac 21, 2025

Petua Elak Nasi Impit Cepat Berair & Basi

Selain lemang & ketupat. Nasi himpit (atau nasi impit) juga antara juadah yang WAJIB ADA setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah samada nasi himpit homemade atau nasi himpit segera sekalipun. Dua-duanya sesuai untuk dimakan dengan rendang, kuah kacang & kuah lodeh 😋. 


Nasi himpit
Nasi himpit digandingkan bersama dengan kuah kacang & sate pun sedap juga 😋 - KREDIT FOTO : Cookidoo


Nasi impit ini macam nasi biasa juga. Bahan utamanya adalah beras. Cuma ianya dimasak lembik & nasinya dipadatkan sampai nasinya betul-betul mampat & tak nampak lagi butir-butir nasi. Nasi impit ni sensitif sikit! Mudah berair dan cepat basi. Tambah-tambah bila nasi himpitnya tak dimasak & disimpan dengan cara yang betul. 



Petua elak nasi himpit cepat basi


Pernah juga cuba beberapa petua untuk bagi nasi impit tahan lama. Tapi, failed! Jadi, hari ni, Syu share beberapa petua yang selalu Syu & mak Syu guna untuk elakkan nasi impit dari cepat basi. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ni nanti. Guna petua ni confirm berhari-hari boleh tahan nasi himpit korang!


1. BASUH BERAS


Basuh beras nasi impit
Basuh beras bersih-bersih supaya nasi impit lambat basi.


Penting untuk kita basuh beras nasi himpit tu bersih-bersih terlebih dahulu supaya beras nasi himpit bersih dari sebarang kekotoran yang boleh menyebabkan nasi himpit cepat berair & basi. Tak payah basuh lama-lama. Cukup sekadar air basuhan tu beras tu jadi jernih.

 

Bila beras nasi himpit dibasuh bersih, barulah nasi himpit akan jadi lebih cantik. Warnanya pun nampak elok putih bersih. Agak-agak beras dah bersih, bolehlah masak nasi himpitnya macam biasa. Nak nasi himpit sedap & berbau wangi, jangan lupa letakkan beberapa helai daun pandan time merebus nasi himpit.



2. ELAKKAN LETAK GARAM

Garam ni bagus untuk tambahkan rasa kosong pada nasi himpit tu. Tapi, yang tak bangusnya. Garam ni boleh menyebabkan nasi himpit jadi cepat berair. Bila cepat berair, faham-faham sajalah nasi himpitnya akan jadi macam mana. Jadi, elakkan penggunaan garam ketika merebus nasi himpit. Lantaklah nasi himpit tu rasa kosong ke apa. Janji nasi himpitnya tak cepat basi disebabkan dek garam tu!

 

 

3. LEBIHKAN MASA MEREBUS

Bagi nasi himpit segera, masa merebus bergantung kepada jenis beras, saiz & kuantiti nasi himpit yang kita rebus. Paling kurang makan masa 2 jam untuk bagi nasi himpit betul-betul lembut & padat dalam plastik.


Selalu dekat packaging, masa masak yang dicadangkan adalah selama sejam. Tapi, seeloknya rebus nasi himpitnya lama sikit. Kalau boleh, masak sampai tak nampak butir-butir nasi dalam bungkusan nasi himpit tu. Barulah dapat hasil nasi himpit yang padat & sempurna.


Bila dipotong nanti, tak adalah isu nasi himpitnya berderai & ada butir-butir nasi. Pasal nasi himpitnya masak elok & betul-betul padat. Dengan lebihkan masa merebus, nasi himpit susah nak berair & basi juga! Jadi, lebihkan masa merebus nasi himpit tu. Dalam 15-20 minit pun dah okay dah.



4. TOS SEHINGGA BETUL-BETUL KERING


Untuk nasi himpit segera. Bila nasi impit dah betul-betul masak. Terus diangkat dan toskan nasi himpitnya sehingga betul-betul kering. Jangan dibiarkan terendam pula dalam air rebusan tadi. Kalau boleh, gunakan raga atau penapis besar supaya lebihan air dalam nasi himpit tadi boleh mengalir keluar & tak ada sisa air yang tertinggal dalam nasi himpit.



5. JANGAN BAGI KENA KIPAS ANGIN!


Ini satu lagi pantang nasi himpit yang mak Syu selalu pesan! Syu yakin mesti ramai yang tak tahu. Lepas nasi himpit dah masak, korang kena biarkan nasi himpit tu sejuk sendiri dalam raga/penapis besar. Tak perlu dianginkan dengan kipas angin untuk sejukkan nasi himpit. Kalau dianginkan juga nanti wap panas nasi himpit yang baru dimasak tadi akan terperangkap didalam plastik nasi himpit tu. Confirm sehari jer nasi himpitnya bertahan disebabkan dah berkuap & berair!



6. NAK MAKAN BARU DIPOTONG


Nasi impit yang dah dipotong lebih cepat berair & basi sebenarnya. Jadi, pastikan korang potong nasi impit tu bila nak dihidangkan sahaja. Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan/plastik. Kalau boleh, kurangkan pegang nasi impit yang dah dipotong tu dengan tangan.



Gunalah whatever penyepit/sudu/garfu untuk pegang & ambil. Pastikan juga pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih. Pasal pisau & landas yang kotor pun boleh jadi salah satu punca kenapa nasi himpit tak boleh tahan lama.



5. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK

 

Selalu masa raya, kita mesti akan masak lebih nasi himpitnya. Almaklumlah, nak masak nasi himpit ni bukan sekejap. Makan masa yang lama juga. Jadi, setiap kali masak tu terpaksa masak dalam kuantiti yang banyak. Bila dah masak banyak belum tentu makan sampai habis kejap-kejap itu juga kan? Jadi, nak tak nak kena simpan untuk bawa ke hari esok.



Cuaca panas menyebabkan nasi impit cepat berair & basi.  Nak nasi himpit tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk. Kalau korang guna nasi himpit segera, boleh simpan terus dalam peti ais. Bila nak makan, kukus balik & sejukkan macam biasa. Tapi, kalau korang buat nasi himpit homemade - Dalam loyang contohnya. Make sure korang tutup permukaan nasi himpit tu dengan cling wrap untuk elakkan nasi himpit tu kering.

 

Setakat ni, itu saja petua yang Syu & mak Syu selalu praktikkan untuk elakkan nasi himpit cepat berair & basi. Andai kata korang ada petua lain. Boleh share di ruangan komen. Mana tahu ada petua lain yang Syu tak tahu.

Mac 16, 2025

Berbuka Puasa Nasi Kenduri Di Mat Periuk Ipoh Night Market

 










Mac 14, 2025

Redmi Pad SE Pilihan Hati!

Tercapai juga hajat nak beli tab. Lama tunggu! Dapat juga akhirnya.

 

Beli tab ni antara wish list 2024 Syu sebenarnya. Since, time tu tak berapa nak cukup sen. Kita pun KIV lah bawa ke tahun ni. Makan masa juga Syu nak survey brand tab yang best dekat luar sana. Almaklumlah, takut tersalah beli lah katakan. Lagipun, kita ni dah lah noobs sikit bab-bab gadget ni 😅. Kalau boleh nak pilih tab yang betul-betul puas hati sampai tak nak tukar-tukar tab dah!

 

 

Brand Redmi jadi pilihan hati!


Kali ni Syu decided untuk pilih tab brand Redmi - Redmi Pad SE 11. Tabnya Syu beli dekat official website Xiaomi. Bukan apa, selamat sikit in case kalau ada apa-apa isu. Kalau ikutkan plan asal nak setia dengan brand Honor & Huawei. Tapi, pocket pula tak mandang 🫣!


Untuk Syu Deris, guna brand yang macam ini pun dah kira okay dah sebenarnya. Beli ikut sesuai poket sendiri 😂. Lagipun, Syu just guna untuk buat kerja-kerja ringan jer. Macam berblog. Tengok movie & main game sikit-sikit. Kalau canggih sangat nanti tak reti guna pula nanti.


Saiz tab 11". ROM 256gb. RAM 8gb + 4gb.


Setakat ni, boleh tahan jugalah Redmi Pad SE ni punya performance. Tab tak cepat panas. Bila run banyak apps dalam satu-satu masa tab tak lagging & glitches. Mungkin tabnya still baru & tak ada banyak background apps yang tengah running. Almaklumlah, barang baru! Lagipun, Syu kerap juga  boost dia punya performance & clear caches setiap kali lepas run apa-apa apps.

 

Untuk internal storage tab ni, boleh dikatakan besar juga 256gb - Kalau tak cukup space boleh tambah SD card. RAM-nya pula 8gb+4gb. Memang sangat okaylah kalau nak buat kerja ringan-ringan macam berblog & main game. Untuk buat kerja-kerja grafik pun boleh juga. Tapi, lagi better ambil up sikitlah kan? Baru puas. Sebab Redmi Pad SE ni tak ada palm rejection. So, ada kekurangan sikit dekat situ.

 


Saiz tab Redmi Pad SE ni besar juga 11 inci. Puas hatilah tengok skrin besar. Cuma kalau pegang sebelah tangan lama-lama, tangan agak lenguh sikit. Berat! Speaker dia mantap 👍🏻. Sound sedap & kuat sebab guna technology Dolby Atmos. Memang puas hatilah kalau guna untuk tengok movie dekat Loklok & Netflix. Okay, done spill tab baru. Harap boleh pakai lama 😂. 

Mac 05, 2025

10 Buffet Ramadhan Manjung 2025

Ramadhan dah start. Mesti ramai yang tengah tercari-cari buffet Ramadhan yang best dekat area Manjung, Sitiawan & Lumut kan? Setahun kan sekali jer Ramadhan. Of course teringin nak makan buffet sedap-sedap sekali sekala dengan famili. Betul tak?


BACA JUGA

➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur

➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular

➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte. Meh Syu nak share buffet yang ada sekitar area Manjung ni.



SENARAI BUFFET RAMADHAN MENARIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT


Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni. Berikut Syu senaraikan 10 buffet Ramadhan terbaik sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2025.


Yang no.1 ni Syu memang selalu pergi setiap kali Ramadhan. Memang best & berbaloi! Apa-apa pun dikesempatan ini Syu nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa. Enjoy your buffet 🥰. 

 

1) Buffet Food Festival Ramadhan Lumut Hotspot




2) Fenomena Buffet Bako Bako Resto




3) Santai-santai Buffet Ramadhan Ritz Garden Hotel Manjung




4) Onetee Kitchen Ramadhan Buffet




5) Prime Steak & Grill Buffet Ramadhan




6) Buffet Ramadhan Hotel Sfera




7) Ramadhan Buffet Deif Cafe




8) Buffet Ramadhan Restoran Walid & Ummi




9) Santapan Iftar The Orient Star Lumut




10) Iftar Buffet Mangkuk Panas Steamboat & Grill



Mac 01, 2025

Salam Ramadhan Makhluk Bumi!!

Salam Bloggerian!  Selamat berpuasa ya Syu ucapkan. Semoga Ramadhan tahun ni diberkahi & Allah permudahkan urusan kita semua dalam apa jua perkara. Amin 🤲🏻! Lafaz niat jangan lupa tau. Tu ada kat bawah tu 🤭. 


Kopi
Air ni akan jadi lebih luar biasa esok. Bertabahlah ya 😂. 



Niat Puasa Ramadhan


BACAAN NIAT SEBULAN


نويتُ صَوْمَ شَهْرٍ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadan kerana Allah S.W.T



BACAAN NIAT SETIAP MALAM


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ قَرْضِ شَهْرٍ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah S.W.T. 

Februari 21, 2025

Bunga Rumput Tahi Babi & Bunga Ulam Raja

Hari tu, saja masuk kebun abah cari ole² nak bawa balik ke Ipoh. Petiklah buah limau kasturi, buah kelapa & siap bercabut serai segala. Tengah dok seronok² menuai hasil. Terpandang satu spot ni penuh dengan rumput liar. Elok tumbuh melata tak ada siapa kacau!


Search dekat Google. Alamak! Terkejut tengok nama dia Rumput Tahi Babi (Ageraratum conyzoides) ! Ada juga nama lain dia sebenarnya. Selasih Dandi! Bunga dia sumpah cantik! Ada iras macam baby wreath. Tapi, warna unggu lembut plus ada warna biru-biru sikit.


Bila sampai musim dia, kemain banyak tumbuh melata penuh kebun.


Nak dijadikan cerita. Time tu bunga Ulam Raja (Cosmos caudatus) pun sama rancak berbunga juga dekat tepi rumput ni - Dah lama tak petik buat ulam. So, membesar dengan jayalah dia! Bila dah nampak, tangan ni pun apa lagi. Mulalah gatal nak memetik itu ini - Spesis tangan gatal tak boleh tengok benda cantik depan mata sebenarnya ni 🤣.


Otak pun sama jalan juga. Plan nak buat begitu begini. Setel petik-memetik. Susun-susun. Maka, terciptalah satu jambangan bunga rumput tahi babi & bunga ulam raja. Nama jambangannya tak indah mana. Tapi, rupa dia cantik. Sedaplah mata memandang. Gittew!


Ngam pula kombinasi warna dua bunga ni kan 🤭. 



Khasiat daun ulam raja


Daun Ulam Raja ni memang selalu sangat orang guna buat ulam. Kaya dengan antioksidan & bagus untuk turunkan paras gula dalam darah juga. Bukan itu jer, ada kajian menyatakan Ulam Raja ni boleh kurangkan risiko penyakit dementia/nyanyuk. Menarik kan? Jadi, kena rajin-rajinlah berulamkan Ulam Raja ni. Barulah otak sihat cerdas tak kena penyakit nyanyuk! 😁


Bunga cantik. Daunnya pula sedap kalau buat ulam cicah sambal belacan & sambal kelapa 🤣. 



Khasiat rumput tahi babi


Rumput Tahi Babi ni pun ada juga manfaatnya. Start dari bahagian akar sampailah ke bahagian daun. Cuma tak pernahlah pula nampak rumput ni dibuat ulam-ulaman macam Ulam Raja. Lagipun, bau rumput tahi babi ni boleh tahan kuat juga. Tak lalu rasanya kalau nak dibuat ulam.


Lagi satu, dengar cerita air rebusan akar Rumput Tahi Babi ni boleh kurangkan panas dalam badan & kurangkan masalah cirit birit juga. Mujarab atau tidak? Syu tak pasti. Pasal tak pernah dicuba pun selama hari ni 😅. 


Waima kalau kena cirit-birit sekalipun. Kitaorang satu famili just kunyah pucuk jambu batu atau makan pil Chi Kit Teck Aun jer. Itupun kalau ada. Tak pun, minumlah air teh-o suam tu bancuh pekat-pekat. Nak makan rumput tahi babi ni?! Memang tidaklah. Dengar dia punya nama pun dah lain macam 🫣! Ini kan pula nak dibuat makan.

Februari 04, 2025

Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔

Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya 😂. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.


Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah 😶‍🌫️. 


Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer


Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap 😂. 

End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama 😶‍🌫️. 

Januari 16, 2025

Dinner Di Restoran Mohd Chan


Ini first time Syu makan dekat Restoran Cina Muslim Mohd Chan. Syu tengok ramai orang datang makan dekat sini. Tempat parking pun penuh. Tertanya-tanya juga. Sedap sangat ke makan dekat sini?🤔


Tengok Google reviews, 4.8⭐ orang bagi rating. Sedap sangatlah kiranya tu kan. Hopefully tak kena game lah hendaknya. Ha³ 😂. Range harganya pula dalam lingkungan RM20 ke RM40 per person macam tu - Pada Syu, a bit pricey jugalah dia punya harga 😂. 


Ramai juga orang datang makan dekat sini 😳. 


Niat asal nak lepak The Warung. Tapi, dah full house lah pula 😅. Since, tak tahu nak makan mana lagi. Maka, di Restoran Muslim Mohd Chan lah jawabnya port isi tangki kitaorang laki bini malam ni. So, meh tengok apa yang kitaorang makan!


Nampak mengiurkan kan? Tapi rasanya biasa-biasa je 😅. 


Actually, tak banyak menu pun kitaorang order sebenarnya. Just nasi ayam, nasi goreng, air dua jenis & dua side dishes. Kalau korang nak tahu. Dalam banyak² menu, mangkuk yang kelilingnya ada suhun goreng tu yang paling mahal - Dah lah mahal. Tak sedap pula tu. Menyesal order. Ha³ 🤣.