Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔

Februari 04, 2025

Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya 😂. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.


Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah 😶‍🌫️. 


Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer


Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap 😂. 

End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama 😶‍🌫️. 

Comments

  1. Boleh cuba juga dengan madu ditambah dengan lemon.

    BalasPadam
  2. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    BalasPadam
  3. Dah ok ke batuknya? Tak pernah cuba lagi petua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah okay. Minum Bena Expectorant jer. Tapi, kena Minum malam. Pasal ubatnya mengantuk 😅.

      Padam
  4. semoga lekas sembuh. biasanya nampak orang cina suka petua gini.
    kita batuk, kita perah limau kasturi dgn madu. kita usaha, InShaaAllah baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah lega. Minum Bena Expectorant jer.
      Petua ni tak berapa berkesan untuk batuk degil 🤭.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!