Buffet Ramadhan Ala Thai Di Ayam Gepok Ganteng

Mac 28, 2025

Best lah! Dia punya vibes macam dekat night market Thailand.

 

Hari tu berbuka di Nasi Kenduri. Kali ni kita try berbuka puasa di Ayam Gepok Ganteng pula. Actually, dari minggu pertama ramadhan lagi Syu berhajat nak makan kat sini. Tapi, asyik fully booked saja! Whatsapp owner, katanya date 24/3 ke atas baru ada kosong. Jadi, minggu terakhir Ramadhan lah baru dapat merasa perkena buffet kat sini.

 

Menu buffet ramadhan dekat Ayam Gepok Ganteng ni berbeza sikit berbanding buffet-buffet Ramadhan yang lain. Dekat sini menu masakan ala Thai jadi sajian utama - Memang feveret Syu kalau makanan style Thailand ni! That's why Syu gigih juga nak booking makan buffet dekat sini dengan husband. Harga untuk satu kepala RM39.90 jer. Kira berbaloilah kan...

 

Kiri kanan depan belakang ada makanan kome!Jenuh nak makan.


Rambang mata nak pilih yang mana satu. Semua nampak sedap-sedap belaka! Yang pasti, pulut mangga memang terbaik!


Memang seronok makan buffet Ramadhan dekat Ayam Gepok Ganteng ni. Makanan semua sedap-sedap belaka. Pilihan pun banyak. Rambang mata kitorang laki bini nak pilih. Tapi, dalam banyak-banyak dessert. Pulut mangga dia antara yang the best! Sedap manis berlemak. Husband Syu bermangkuk-mangkuk repeat makan 😂!



Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!