Selain lemang & ketupat. Nasi himpit (atau nasi impit) juga antara juadah yang WAJIB ADA setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Tak kisahlah samada nasi himpit homemade atau nasi himpit segera sekalipun. Dua-duanya sesuai untuk dimakan dengan rendang, kuah kacang & kuah lodeh 😋.
![]() |
Nasi himpit digandingkan bersama dengan kuah kacang & sate pun sedap juga 😋 - KREDIT FOTO : Cookidoo |
Nasi impit ini macam nasi biasa juga. Bahan utamanya adalah beras. Cuma ianya dimasak lembik & nasinya dipadatkan sampai nasinya betul-betul mampat & tak nampak lagi butir-butir nasi. Nasi impit ni sensitif sikit! Mudah berair dan cepat basi. Tambah-tambah bila nasi himpitnya tak dimasak & disimpan dengan cara yang betul.
Pernah juga cuba beberapa petua untuk bagi nasi impit tahan lama. Tapi, failed! Jadi, hari ni, Syu share beberapa petua yang selalu Syu & mak Syu guna untuk elakkan nasi impit dari cepat basi. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ni nanti. Guna petua ni confirm berhari-hari boleh tahan nasi himpit korang!
Petua elak nasi himpit cepat basi
1. BASUH BERAS
Penting untuk kita basuh beras nasi himpit tu bersih-bersih terlebih dahulu supaya beras nasi himpit bersih dari sebarang kekotoran yang boleh menyebabkan nasi himpit cepat berair & basi. Tak payah basuh lama-lama. Cukup sekadar air basuhan tu beras tu jadi jernih.
Bila beras nasi himpit dibasuh bersih, barulah nasi himpit akan jadi lebih cantik. Warnanya pun nampak elok putih bersih. Agak-agak beras dah bersih, bolehlah masak nasi himpitnya macam biasa. Nak nasi himpit sedap & berbau wangi, jangan lupa letakkan beberapa helai daun pandan time merebus nasi himpit.
2. ELAKKAN LETAK GARAM
Garam ni bagus untuk tambahkan rasa kosong pada nasi himpit tu. Tapi, yang tak bangusnya. Garam ni boleh menyebabkan nasi himpit jadi cepat berair. Bila cepat berair, faham-faham sajalah nasi himpitnya akan jadi macam mana. Jadi, elakkan penggunaan garam ketika merebus nasi himpit. Lantaklah nasi himpit tu rasa kosong ke apa. Janji nasi himpitnya tak cepat basi disebabkan dek garam tu!
3. LEBIHKAN MASA MEREBUS
Bagi nasi himpit segera, masa merebus bergantung kepada jenis beras, saiz & kuantiti nasi himpit yang kita rebus. Paling kurang makan masa 2 jam untuk bagi nasi himpit betul-betul lembut & padat dalam plastik.
Selalu dekat packaging, masa masak yang dicadangkan adalah selama sejam. Tapi, seeloknya rebus nasi himpitnya lama sikit. Kalau boleh, masak sampai tak nampak butir-butir nasi dalam bungkusan nasi himpit tu. Barulah dapat hasil nasi himpit yang padat & sempurna.
Bila dipotong nanti, tak adalah isu nasi himpitnya berderai & ada butir-butir nasi. Pasal nasi himpitnya masak elok & betul-betul padat. Dengan lebihkan masa merebus, nasi himpit susah nak berair & basi juga! Jadi, lebihkan masa merebus nasi himpit tu. Dalam 15-20 minit pun dah okay dah.
4. TOS SEHINGGA BETUL-BETUL KERING
Untuk nasi himpit segera. Bila nasi impit dah betul-betul masak. Terus diangkat dan toskan nasi himpitnya sehingga betul-betul kering. Jangan dibiarkan terendam pula dalam air rebusan tadi. Kalau boleh, gunakan raga atau penapis besar supaya lebihan air dalam nasi himpit tadi boleh mengalir keluar & tak ada sisa air yang tertinggal dalam nasi himpit.
5. JANGAN BAGI KENA KIPAS ANGIN!
Ini satu lagi pantang nasi himpit! Lepas dah masak, biarkan nasi himpit tu sejuk sendiri dalam raga/penapis besar. Tak payah dianginkan dengan kipas angin. Kalau tak nanti wap panas nasi himpit yang baru dimasak tadi akan terperangkap didalam plastik nasi himpit tu. Confirm sehari jer nasi himpitnya bertahan disebabkan dah berkuap!
6. NAK MAKAN BARU DIPOTONG
Nasi impit yang dah dipotong lebih cepat berair & basi sebenarnya. Jadi, pastikan korang potong nasi impit tu bila nak dihidangkan sahaja. Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan/plastik. Kalau boleh, kurangkan pegang nasi impit yang dah dipotong tu dengan tangan.
Gunalah whatever penyepit/sudu/garfu untuk pegang & ambil. Pastikan juga pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih. Pasal pisau & landas yang kotor pun boleh jadi salah satu punca kenapa nasi himpit tak boleh tahan lama.
5. SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK
Selalu masa raya, kita mesti akan masak lebih nasi himpitnya. Almaklumlah, nak masak nasi himpit ni bukan sekejap. Makan masa yang lama juga. Jadi, setiap kali masak tu terpaksa masak dalam kuantiti yang banyak. Bila dah masak banyak belum tentu makan sampai habis kejap-kejap itu juga kan? Jadi, nak tak nak kena simpan untuk bawa ke hari esok.
Cuaca panas menyebabkan nasi impit cepat berair & basi. Nak nasi himpit tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk. Kalau korang guna nasi himpit segera, boleh simpan terus dalam peti ais. Bila nak makan, kukus balik & sejukkan macam biasa. Tapi, kalau korang buat nasi himpit homemade - Dalam loyang contohnya. Make sure korang tutup permukaan nasi himpit tu dengan cling wrap untuk elakkan nasi himpit tu kering.
Setakat ni, itu saja petua yang Syu & mak Syu selalu praktikkan untuk elakkan nasi himpit cepat berair & basi. Andai kata korang ada petua lain. Boleh share di ruangan komen. Mana tahu ada petua lain yang Syu tak tahu.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!