Redmi Pad SE Pilihan Hati!

Mac 14, 2025

Tercapai juga hajat nak beli tab. Lama tunggu! Dapat juga akhirnya.

 

Beli tab ni antara wish list 2024 Syu sebenarnya. Since, time tu tak berapa nak cukup sen. Kita pun KIV lah bawa ke tahun ni. Makan masa juga Syu nak survey brand tab yang best dekat luar sana. Almaklumlah, takut tersalah beli lah katakan. Lagipun, kita ni dah lah noobs sikit bab-bab gadget ni 😅. Kalau boleh nak pilih tab yang betul-betul puas hati sampai tak nak tukar-tukar tab dah!

 

 

Brand Redmi jadi pilihan hati!


Kali ni Syu decided untuk pilih tab brand Redmi - Redmi Pad SE 11. Tabnya Syu beli dekat official website Xiaomi. Bukan apa, selamat sikit in case kalau ada apa-apa isu. Kalau ikutkan plan asal nak setia dengan brand Honor & Huawei. Tapi, pocket pula tak mandang 🫣!


Untuk Syu Deris, guna brand yang macam ini pun dah kira okay dah sebenarnya. Beli ikut sesuai poket sendiri 😂. Lagipun, Syu just guna untuk buat kerja-kerja ringan jer. Macam berblog. Tengok movie & main game sikit-sikit. Kalau canggih sangat nanti tak reti guna pula nanti.


Saiz tab 11". ROM 256gb. RAM 8gb + 4gb.


Setakat ni, boleh tahan jugalah Redmi Pad SE ni punya performance. Tab tak cepat panas. Bila run banyak apps dalam satu-satu masa tab tak lagging & glitches. Mungkin tabnya still baru & tak ada banyak background apps yang tengah running. Almaklumlah, barang baru! Lagipun, Syu kerap juga  boost dia punya performance & clear caches setiap kali lepas run apa-apa apps.

 

Untuk internal storage tab ni, boleh dikatakan besar juga 256gb - Kalau tak cukup space boleh tambah SD card. RAM-nya pula 8gb+4gb. Memang sangat okaylah kalau nak buat kerja ringan-ringan macam berblog & main game. Untuk buat kerja-kerja grafik pun boleh juga. Tapi, lagi better ambil up sikitlah kan? Baru puas. Sebab Redmi Pad SE ni tak ada palm rejection. So, ada kekurangan sikit dekat situ.

 


Saiz tab Redmi Pad SE ni besar juga 11 inci. Puas hatilah tengok skrin besar. Cuma kalau pegang sebelah tangan lama-lama, tangan agak lenguh sikit. Berat! Speaker dia mantap 👍🏻. Sound sedap & kuat sebab guna technology Dolby Atmos. Memang puas hatilah kalau guna untuk tengok movie dekat Loklok & Netflix. Okay, done spill tab baru. Harap boleh pakai lama 😂. 

Comments

  1. wah dah tercapai wish list Syu, tahniah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih 🥰
      Lama jgak menunggu...baru ini ade rezeki 🫣

      Padam
  2. Cari casing yang ada sekali keyboard tu senang nak menaip blog. Cie hari tu beli untuk samsung tab. Sekarang anak je dah pakai dia taknak casing tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah cadangnya. Tengah dok survey² juga ni 😬.

      Padam
  3. Samalah kita pun noobs psl gadget ni.. bila nak beli tu mmg kena study betul2... Takut menyesal sehari selepas membeli hihii

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!